Monday, September 5, 2011

Serba sedikit tentang diriku...

Assalamualaikum...



(Apa-apa pun kita kena mula dengan salam... Iakan sunnah Rasul kita....)


Nama aku Syarifah Nor Ezdiani, berasal dri Kuantan Pahang dan di besarkan dalam keluarga yang serba sederhana tetapi ibu bapa ku amat tegas dalam soal "Agama"... Aku akui tanpa agama, hidup kita akan terus kacau...





Ni lah permata hatiku yang susah dicari ganti... Terima ksih Ya Allah atas kurniaanmu ini... Aku berharap aku dapat berbakti pada orang tuaku sampai hujung nyawa mereka...


Abah dan Mama, terima kasih atas tunjuk ajarmu... Terima kasih kerana pukul aku masa kecil dahulu... Kerana tunjuk ajar dan pukulan tu lah aku menjadi "seseorang".




Ini lah gambar adik beradik ku... Aku bersyukur dapat abang dan adik aku ni sebab kami adik beradik amat menyayangi antara satu sama lain... Ibarat kata pepatah "cubit peha kiri peha kanan terasa"...



Aku anak ke 3 dri 4 beradik. sorang je perempuan. Nak kata manja rasanya tak pun. Mak aku layan sama je. Tapi seingat aku, mak aku cakap aku paling nakal..hehehe. Ye ke?? Aku tak ingat sangat tapi benda tu la mak aku selalu sebut.... Nakal juga aku rupanya... Bila dah ada anak ni, nakal sikit pun dah kena...hehehe. Bukan apa, mengajar untuk kebaikan dia juga. Sayang seorang ibu tiada batasnya...





Ni lah keluarga aku sekarang. Anugerah Ilahi yang begitu besar nilainya... Bersama suami yang begitu memahami dan anak-anak yang soleh. InsyaAllah...

Aku punyai cita-cita besar dalam hidup aku. Pertama, aku nak jadi "Anak" yang berbakti pada orang tuaku. Kedua, aku nak jadi isteri "Solehah" buat suamiku yang tercinta & yang terakkhir aku nak jadi "Umi" yang baik pada anak2 aku. InsyaAllah....

Semoga Allah makbulkan doaku...amin ya rabbal al amin.....

2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...