Wednesday, September 7, 2011

Experience about my first baby.....

Salam...


Aku dengar ramai sahabat aku di luar sana mengandung... Happy for U fren....


Teringat pengalaman pragnent anak aku yang pertama. Lepas khawin, dua bulan lepas tu aku disahkan pragnent 6 minggu.... Patutla rasa tak sedap badan je...Rupanya rahim umi ada penghuninya....







Dan lagi posing tu...hhuhuhu





Happy tak terkira rasanya... Aku bakal melahirkan zuriat dari rahim ku sendiri... Alhamdulillah sumenya rezki dari Allah....

Masa pragnent yang pertama ni, Alhamdulillah takda masalah.. Makan selera, tidur nyenyak.. Biasa kalau orang pragnent, badan akan jadi panas. Tapi alhamdulillah aku takda sume tu. Senang rasanya...



Cuma bila test HB(Hemoglobin-kepekatan darah), result tak cantik...huhuhu. Normal 11, tapi aku sllu dpt 9~10. Kena pergi klinik 2 minggu sekali untuk cek. Selalu nurse pesan makan benda2 yang banyak zat besi macam organ dalam, kerang. Dah banyak makan pun masih dapat result yang sama.



Berat badan pulak lebih, jadi kena la minum air gula 2 kali untuk test kencing manis. Ikut kata doktor, kalau ada kencing manis, baby dalam perut besar. Tapi kalau "Mak" dia besar, tak hairan la anak besar..hehehe. Alhamdulillah tak ada kencing manis.



Time ni pragnent 5 bulan. Gambar kat opis lama. Nak gi opis kena naik tangga.. Kata doktor, ibu mengandung kena banyak exercise, InsyaAllah mudah bersalin.



Tapi yang aku perasan sangat perubahan diri aku, aku jadi terlalu sensitif... Cepat sangat terasa. Wal hal bendanya kecik je. Contohnya pagi tu, pergi kerja. Bila sampai opis, aku macam biasa salam suami aku. Ada suatu hari suami aku lupa nak salam. Aku boleh menangis disebabkan hal tu je... Aduhai hati, kenapa sensitif sangat. Biasa la, hormon ibu mengandung kan berubah....hehehe. Tak boleh ikut sangat perasaan ni, takut anak dalam kandungan jadi sensitif. Tapi aku rasa orang mengandung ni comel...kah kah kah.... perasan betul la..... Suami aku pun cakap comel sebab perut bolat....



Ibu-ibu mengandung kat luar sana, amalkan la makan makanan sunnah(kurma,kismis,delima,minyak zaitun). Alhamdulillah aku amalkan, anak aku tak ada kuning dan bijak. Jangan makan makanan ringan. Berkorbanla untuk 9 bulan pragnent demi kebaikan anak yang bakal kita lahir. Sebab makanan ringan boleh memberi kesan yang teruk pada anak kita. Gantikan dengan buah-buahan. Susu soya pun tak boleh kerap diminum, sebab kulit anak akan jadi sensitif.



Bila masuk 8 bulan, kaki tangan muka dah bengkak-bengkak. Selipar pun kena tukar pakai selipar jepun. hahaha macam kaki raksasa je.... Masuk 9 bulan, perut pun semakin besar dan bengkak dengan jayanya, hidung pun naik kembang...kih kih kih.... Perut aku memang besar sangat sampaikan ada yang tanya aku ni pragnent kembar ke.....kelakor la...




Badan pun jadi semakin lemah dan cepat letih. Alhamdulillah sepanjang mengandung ni aku tak demam atau batuk. Bila tak larat ke opis, aku ambik MC untuk rehat di rumah.



Untuk minggu-minggu yang akhir, sume persiapan sudah disediakan. Sume dah letak dalam kereta. Dalam hati berdebar, takut, seronok, haishh sume ada. Aku tak ambik cuti awal, kalau turun tanda nak bersalin baru aku plan nak ambik cuti.



12.2.2009, tarikh aku jangka bersalin. Tapi anak aku tak nak keluar lg...hehehe. Aku gi kerja macam biasa. Yang kelakor nya budak-budak opis ingatkan aku dah bersalin. Ada juga yang takut aku bersalin kat opis...hehehe...

13.2.2009, aku gi kerja lagi macam biasa. Mula-mula ok je. Bila petang dalam pukul 4 lebih aku rasa sakit perut. Rasa macam nak berak je. Aku jumpa kak ida(opismate) ckp kat dia yang aku sakit perut. Dia terkejut dia terus cakap "Ni bukan nak berak tapi nak beranak".... Aku pun turun pergi toilet, sebab aku rasa nak buang air kecik.. Tengok-tengok rupanya sudah ada tanda nak bersalin. Keluar lendir darah...

Aku pun keluar cari suami aku.. Bagitau dia yang dah keluar darah. Kelam kabut suami aku. Hehehe bleh tengok muka suami aku kelam kabut, sbab muka dia selalunya COOL je...ngeh ngeh ngeh....

Suami aku suruh aku duduk dan tunggu dia ambik barang aku kat atas opis sana. Dia tak bagi gerak mana-mana dah... Pastu bila sume dah ok, suami aku wat aku balik umah mak aku... Sampai umah mak, mak pun tanpa buang masa pergi rendamkan "Bunga Siti Fatimah" dalam air nak bagi aku minum. Bunga ni sebenarnya dengan izin Allah ia membantu buka jalan untuk baby keluar. Bunga ni ada jual kat Mekah sahaja.

Aku mintak nak makan nasi mak aku siapkan. Pastu aku mintak pulak nak makan telur rebus 2 biji ngan milo panas, mak aku pun buatkan. Sayang ma... (Mak aku pun nampak begitu resah).

Lepas maghrib, suami dan mak aku anta aku ke hospital. Suami aku dah ada pengalaman 3 anak sebelum ni jadi aku follow je la dia gi mana2... Pergi kat "Risiko rendah" untuk cek jalan.. Doktor cek dah 4cm terbuka. Aku kena tahan wad. Mak aku teman. Mak aku tak putus-putus suruh aku untuk bersabar. Selalu dia pesan amalkan zikir bila nak bersalin. Jangan menjerit macam orang tak da iman... Ma, kakcik ingat pesanan ma.. Suami aku pula setia tunggu aku di luar. Sebab dia tak boleh masuk... Love U Abang Forever...

Dalam pukul 1 lebih pagi aku dah start sakit.. Baru aku tau masa tu bertapa sakitnya seorang ibu nak melahirkan anak... Aku dah tak boleh tido dah masa tu. Sume tak kena... Mari sorang nurse cucuk ubat tahan sakit di pinggang.. Tapi aku rasa macam takda kesan je...hehehe Doktor pakar yang ambik kes aku. Dia panggil aku masuk bilik utk cek jalan. Dah buka 5cm. Dia scan dia cakap baby aku besar. Dia estimate 3.6~3.8kg... Aku dri cek klinik lg doktor ckp baby aku besar. Tu yang aku tak terkejut sangat bab tu.

Pukul 3:30 pagi, aku diarahkan doktor untuk masuk wad bersalin. Sebelum aku masuk wad, aku mintak maaf pada mak dan suami aku. Mana tau umur kita panjang lg ke tak. Sakit semakin kuat. Doktor jangka 1 jam 1cm jalan buka. Dalam wad bersalin tu aku ditemani dengan seorang nurse je untuk pantau jantung anak aku. Pusing kiri tak kena... pusing kanan tak kena... Aku berzikir tak putus-putus... Sesekali aku mengadu kat nurse... Nurse tu pun nasihatkan supaya banyakkan bersabar...

Dalam pukul 6 pagi, doktor datang semula kat aku. Dia cek jalan dah buka 10cm. Kes aku sampai 3 orang doktor datang. Sorang doktor pakar lelaki dan 2 lagi doktor bidan biasa perempuan. Nurse tanya aku nak panggil suami ke? Aku cakap nak.

Dalam jam 6:15pagi, semua doktor dah bersedia. Suami aku pun dipanggil masuk sekali. Doktor sudah mula menyuruh aku meneran keluar baby. Ya Allah, sakitnya nak bersalin ni... Ku kuatkan hati juga berjuang. Suami tak putus-putus tenangkan aku... Aku meneran sekuat hati... tp kepala baby lekat kat rahim, itu yang susah sangat nak keluar. Doktor pun beri semangat kat aku..

Bila teran dah banyak kali, aku rasa letih sangat.... Rasa macam putus asa.. Suamiku terus beri semangat untuk tidak berhenti...

Doktor bagi masa 1 jam sahaja tempoh untuk meneran.. Hampir pukul 7, baby x keluar lagi... Doktor cakap lagi 10 minit kalau baby tak keluar lagi dia akan guna "forcep". Bila dengar doktor cakap macam tu, aku semangat balik.... Semangat untuk selamatkan anak umi ni.... Dengan izin Allah, aku berjaya... Teran sedikit lagi, bahu pun keluar dengan senang je..


14.2.2009, Tepat jam 7:05 pagi, anak umi Muhammad Amar selamat dilahirkan... Alhamdulillah syukur pada Allah atas kurniaan mu ini... Ni la "Big baby" umi.... 4kg.... Semoga Amar jadi anak yang soleh...AMIN...

Dalam pantang, Amar tak banyak masalah... Alhamdulillah ckup senang jaga Amar dalam pantang. Ashik tido je... Hehehehe...jadi umi pun terlebih tido...wakaka...

Nanti sambung cerita untuk pengalaman yang ke2 pula...hehehe

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...