Monday, September 26, 2011

Sekadar ingin berkongsi

Salam....

Sekadar ingin berkongsi dengan kawan-kawan yang dimana sume yang telah dicatat dari majlis ilmu






  1. Untuk membatalkan sihir: Surah Al-Furqan (ayat 23)


  2. Untuk orang dalam koma: Surah Al-Waqiah (ayat 19), baca dan hembus ubun-ubunnya.


  3. Untuk sembuh penyakit hati: Surah Al-Israq (ayat 82)


  4. Untuk hindar dari segala perkara negatif: Surah Al-A'raf (ayat 47)


  5. Untuk kuatkan iman: Surah Al-Imran (ayat 53)


Perubatan





  1. Untuk menghilangkan bengkak: Halia + Madu + Cuka > campur dan sapu pada bengkak.



  2. Elak strok waktu tidur: Makan madu atau minum susu sebelum dan bangun tidur



  3. Untuk sakit demam chickenpox: tampal inai + cuka + garam di tapak kaki sebelum naik. Kalau dah naik guna jagung muda.



  4. Migrain: lada hitam + kacang hijau + garam > campur dan pijak



  5. Sakit perut: Jilat madu atas tapak tangan



  6. Sakit mulut: Hisap madu dengan jari kelingking



  7. Sakit tengkuk: Hisap madu dengan jari telunjuk



  8. Sakit kepala: Cuka + Belimbing > Blender dan balutkan atas kepala



"Setiap penyakit ada ubatnya kecuali maut"

Thursday, September 22, 2011

Cerita masak lagi...

Salam....






Hai...nak citer pasal masak lagi...hehehe Seronok masak ni. Lebih-lebih lagi bila kita masak, orang makan banyak dan sungguh selera.... Time cuti-cuti la aku suka masak. Bukan pandai sangat pun, tapi buat mana yang boleh je la...




Bila tengok ahli keluarga makan bersungguh, rasa puas dan seronok... Rasa sedap kot...kui kui kui... Rasa biasa je lah.....hahaha




Tapi aku tak boleh lawan kesedapan masakan My Mother... Perghhh...hingga menjilat jari. Mak aku dulu ambik tempahan macam-macam dulu. Aku ingat lagi masa sekolah, mak aku masak berkilo-kilo banyaknya. Tempahan banyak dari hospital dan sekolah biasanya. Biasa orang tempah nasi dagang, nasi tomato, kuih karipap, roti jala, dan macam-macam lagi la. Sekarang, aku tengok abang aku yang sulong yang mewarisi bakat masak mak aku... Dia pandai wat nasi dagang tau!!! Aku bila lah nak pandai...InsyaAllah, nnti nak cuba buat nasi dagang... Tunggu....ngeh ngeh ngeh




Orang tua dulu cakap, nak ambik hati suami kena pandai masak... Ye ke?? For my Laling, InsyaAllah, sayang cuba yang terbaik...




Untuk rapatkan hubungan ibu & anak, suami & isteri, air tangan seorang ibu atau isteri itu amat penting dan ianya ubat yang paling mujarab. Dengan air tangan tu lah turunnya kasih sayang ke dalam hati-hati mereka sebab ibu atau isteri masak dengan penuh kasih sayang untuk diberi makan kepada insan tersayang dalam hatinya... Aku tengok contoh yang terbaik depan mata aku sekarang adalah emak aku. Dari aku kecik sampai dewasa, jarang sekali aku makan makanan orang lain buatkan. Sampai aku kerja pun, mak aku masih bangun pagi untuk buatkan sarapan untuk aku. Sekarang, bila dah ada anak & suami, baru tahu erti nilai sume tu. Sungguh besar makna dalam hidup aku sekarang. I love u Mama.... May Allah Bless U.....




Bila cuti, masa tu lah nak masak yang sedap-sedap... Sebab masa waktu kerja, aku masak simple je. Nak kejar masa, banyak lagi kerja umah yang lain. Asyik-asyik sup sayur, sayur lemak + ikan/ayam goreng....hahahaha naik jemu agaknya anak-anak aku.... Takpalah, makan je la, sebab kita hamba Allah yang bertuah yang masih dapat makan sume tu. Yang penting syukur dapat makan lagi. Dibandingkan dengan orang Somalia...sungguh menyayat hati....




Alhamdulillah, anak-anak semakin mengerti apa itu erti syukur. Kalau dulu ada juga yang merungut, tapi sekarang dah kurang...




Mari la tengok hasil masakan aku, kalau terliur maaf la ye...hehehe





ikan siakap masak 3 rasa



Mee udang



(wat masa buka puasa hari tu, abah aku suka sangat...hehehe)



Nasi tomato






Kari dal daging



(makan dengan nasi tomato)



Nasi mentega


(yang special, ayam & udang bakar dengan madu)



Nasi ayam Madu




Akhir kata, mari la kita rajin-rajin masak....hehehe


Babai.....

Kuih-Muih

Salam....

Aku suka masak. Aku suka tengok resepi dalam internet dan cuba. Ni lah hasilnya...hehehe



Tart telur


(Topping meleleh...)





Roti sosej
(Peberet sekeluarga... banyak kali dah buat, bru dapat ambik gambar)



Puteri ayu
(X ayu sangat sebab takda kelapa...hehehe)



Puding roti pandan
(Biasa buat puding roti tapi yang ni lain sikit..ada perisa pandan)




Pizza


(Pizza Hut tengok ni nangis...huhuhu)



Muffin 3 rasa
(Bukan ikan siakap je 3 rasa ye... muffin ada perasa orange + cuppucino + coffee)


(Buat masa lepas pantang kat Aisyah, yelah cuti panjang katakan...)



Kek Pisang
(Simple je resepi ni...)




Donut Strawbery
(Ni lg satu, dunkin donut tgk terus mintak resepi...hehehe gurau je)





Apam Comel


(First try, inti blueberry)




Apam


(Teringat aku ke apam ni. Bawak gi opis, member opis bagi nama "apam lutut"...hahaha macam-macam la...)


Wednesday, September 21, 2011

Aktiviti mingguan

Salam....

Aku suka memancing. Alhamdulillah dapat suami pun suka memancing. Dari bujang lagi aku suka mancing. Kalau dulu, aku pergi dengan abah, abang-abang & adik aku... Sekarang anak-anak aku pun suka mancing. Bak kata pepatah "mana tumpahnya kuah kalu tak ke nasi". Hehehehe pandai juga aku berpatah-patah ni.... Ikan sungai memang sedap bagi orang yang suka makan. Kalau dapat yang kecik-kecik tu, goreng biar garing........sedap!!! rangup macam makan keropok je....


Ni aku masa bujang. Ni lah tempat aku berkubang bila tak kerja... Hahaha mesti tak caya, tapi itu hakikatnya.... Mana taknya, biasa hari minggu orang lain pergi jalan-jalan, tapi aku dok kat tepi sungai....hehehe





Bila dah suka mancing, dapat jodoh pun suka mancing... Suka mancing takpa abang jangan suka lain sudah....hahaha gurau je....


Hah!! ada bran lawan ikan??? hahahaha


Ni time aku pragnent Amar dan time ni paling syok!!! Aku dapat ikan haruan BESAR punya... HAHAHA umi menang!!!




Like father like son!!! Bleh la umi wat lauk.....wakaka... save budjet duit lauk bulan ni....

Sunday, September 18, 2011

Bulan 9 bulan paling sibuk....

Assalamualaikum...




Selamat petang sume... hari ni baru dapat buka blog... Nak citer la serba sikit kesibukan di tahap mana...kikikiki




Lepas raya hari tu 30.8.2011, banyak betul pogram.. Mula-mula raya la.. pagi-pagi raya dah dok bertandang kat umah Mak Abah aku... Pastu lepas dah raya sesama keluarga, aku sekeluarga pergi beraya umah kawan-kawan yang tinggal berdekatan.. Peluang untuk anak-anak aku kutip duit raya...kui kui kui.. Boleh la wat saving untuk masa depan anak-anak umi kelak...



Raya ke-2, aku sekeluarga balik kampong(sebut N kena ada ghunnah skit...hehehe gannu kite...). Rumah suami aku kat Kg Atas Tol, Kuala Terengganu... Apalagi anak-anak, jom pergi raya... makan sampai kenyang... masa raya ni lah nak makan, hari biasa malu...kui kui kui... Malu ke budak-budak ni? Cer jawab cer jawab.... dapat duit raya lagi...yee....




Aku sekeluarga beraya 3 hari di Terengganu. Pastu raya ke-5 balik Kelantan. Esoknya adik nikah.. Cepatnya jodoh adik aku. Kalah abang ngan kakak dia. Apapun kakak mu ini doakan moga rumah tangga yg dibina ni kekal hingga akhir hayat.



Ni lah adik aku. Isterinya orang Felda Kemahang, Kelantan.

Lepas majlis adik, terus balik Terengganu. Sebab esoknya Mr. Hubby kena pergi Sarawak. Tapi on the way balik ke Terengganu, jem teruk sangat kat Kelantan. Mak ai... bertolak pukul 3:30 ptg, sampai Terengganu pukul 10 malam... Aduh!!! naik kebas punggung ni duduk dalam kereta. Siap boleh sembang ngan orang sebelah. Sume mengeluh, sebab kalau kat sana jem lagi teruk dari K.L... Pas ni nak balik sana kena tunggu time orang dah mula kerja. Baru la jalan lancar.

Esok pagi-pagi lagi dah balik ke Kuantan. Flight pukul 6 petang. Balik awal tak la terkejar-kejar. Petang tu Cik abang pergi la Airport Kuantan. Alih-alih dapat tahu kapal terbang rosak. Balik la semula ke umah. Esoknya baru pergi Sarawak. Klau tahu, balik lambat sikit kan...hehehehe

Hari Isnin tu aku ambik cuti. Kena jaga anak-anak. Mak ayah aku gi Dating kat Kota Bharu. Abang aku bawak kan. Bestnya...bila la aku pulak...kikikiki


Esoknya kerja la seperti biasa..... sampai hari jumaat.

Hari Jumaat petang, kemas-kemas pulak pergi ke Kuala Lumpur. Sepupu sebelah mak khawin. Musim raya ni ramai yang ambil kesempatan untuk buat kenduri. Lepas majlis terus balik ke Kuantan. Sebab hari ahad, Aiman ada pertandingan Azan antara seluruh PASTI di Pahang. Pertandingan diadakan di Sek. Agama Al-Irsyad.







Aiman dapat nombor 2. Tahniah Umi ucapkan, Semoga Aiman dan anak Umi yang lain jadi anak yang soleh & solehah dunia akhirat...



Esoknya keja... Hari jumaat cuti sempena Hari 1 Malaysia. Petang Khamis tu pulak, kami bertolak balik ke Terengganu semula. Adik ipar bertunang lepas solat Jumaat. Kami sampai ke Terengganu hampir pukul 1 pagi. Sebab bertolak dalam pukul 10 lebih malam tu. Sebab cik abang pergi ke Johor, atas urusan kerja. Lepas dia sampai, baru kami bertolak balik.


Cantik Ziela... Tak lama jadi milik orang nanti... Ish ish ish tengok tu!! anak sapa la nyibuk kat belakang tu...siap posing lagi....

Minggu ni ada jamuan raya sahabat lama masa belajar di Universiti dulu... Jamuan tu kat Shah Alam. Mintak maaf la tak dapat datang kawanku Jiha. Ada rezki kita jumpa. Aku rindu kat kau Jiha, tapi keadaan tak mengizinkan.

Minggu ni aku nak kemas umah. Tu lah aktiviti minggu ni...heheheheeh

Saturday, September 10, 2011

Alahai anak umi....

Salam...selamat malam sume...

HAri ni sedih sikit....

Anak umi tak sihat......

Bila umi tengok muka anak umi... Sayu hati umi..............




"Ya Allah, klu sakit anak-anak boleh dipindah, aku sanggup ya Allah..... Umi sanggup buat apa saja untuk anak-anak umi, asalkan anak-anak umi sihat dan ceria.... itu saja umi dapat luahkan......

Mula-mula Amar demam, alhamdulillah Amar dah sembuh....

Bila dah sembuh Aisyah pula selsema... Tak sanggup umi tengok wajah comel anak umi menangis kerana tu... Umi tahu itu sume ujian Allah...



Bila umi bagi ubat, Aisyah mesti akan muntahkan balik... Kekadang sampai terkeluar ikut hidung muntah... Aduhh...sakitnya.....



Umi yang dewasa ni pun kadang tak tahan, inikan pula baby 3 bulan macam Aisyah...



Apa umi boleh buat Umi cuma dapat doakan Aisyah cepat sembuh..... Umi cayang anak umi....

Friday, September 9, 2011

Lagi-lagi raya...

Assalamualaikum.....

Hari ni ada jamuan raya kat opis.. Bawak sikit-sikit sorang la untuk jamuan ni... Bila dikumpul-kumpul banyak juga ye....hehehe hari ni ada la naik 1 kilo setengah...ngeh ngeh ngeh

Yelah, dengan mee goreng, pasta, ketupat, rendang...hhuhuhuhu sungguh menyelerakan... Mcm na ni nak diet...wakaka

Yang pasti "Rendang ayam" cap Syarifah Nor ezdiani habis....hahaha bleh buka restoran nih.....(perasan la tuh....)

Aku buat mee goreng ngan rendang ayam je... Kak norli buat pasta, fatimah buat tapai dan tak lupa Mama B kita buat ketupat "NONA"...hehehe

Bleh la rasa sikit-sikit sorang... tapi aku rasa tak makan sikit-sikit dah ni, makan bersungguh dah ni....huhuhuhu





Sebelum makan, kita posing la dulu...hehehe




Posing lagi....




Tangkap gambar ngan bos besar pulak...hehehe
Nampak seronok je dia, makan bos jangan tak makan....

Tengok!! Ha...kan dah cakap..... Ni bukan makan sikit-sikit dah ni.....



Bos besor teruja makan tapai pulut cik Fatimah kita....heheehheh
Bos!! Nanti kita mintak fatimah buatkan lagi ye.....



Suka aku tengok sume ni... Happy je nampak kan... Nampak kita satu opis takda beza, cina melayu sume nampak appreciate satu sama lain.. Harap silatulrahim antara kita sume terus kekal macam ni... Happy kan!!!








Makan tu makan juga... Tapi tak lupa my Laling nih.... Sedap kan Rendang ayam bini abang masak...ngeh ngeh ngeh....



Kawan-kawan nnt kita buat lagi ye.....











Wednesday, September 7, 2011

Merdeka Raya!!

Salam....

Rasa tak terlambat lagi aku nak ucapkan Selamat Hari Raya....



Tahun ni Merdeka bertembung tarikh dengan raya!! Jadila ....MERDEKA RAYA!!!!



Bila sebut hari raya, seronok je kan... Yelah, hari tu la aku bleh bertemu sume ahli keluarga... Abang-abang dan adik sume ada hari tu. Hari tu berkumpul ramai-ramai bercerita, bergelak ketawa sama-sama... Bila teringat masa-masa mcm tu, rasa rindu kat diorang makin hari makin tebal...



Tapi tak lupa pada Yang Maha Esa kerana masih beri peluang pada aku untuk meraikan kemenangan umat Islam ni... Bila dengar azan hati jadi sayu je...mmmm....

Hari tu juga aku tengok sume orang cantik sangat...berseri-seri.............. Terutama bila tengok anak-anak aku berpakaian seragam je sume... Tengok My Mr. Hubby......mak ai hensemnya.....huhuhuhu... Siap bersongkok dan bersampin, mcm orang nak gi nikah je....hehehe oppss!!! Macam je ye.... bukan betul-betul....


Masuk tahun ni, dah 4 kali kami raya bersama.... Dan tiap kali raya, aku adakan satu tema warna. Let's scroll down.................
.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.





Tahun 2008


Tahun pertama khawin tahun 2008...




(Masa ni pragnent 6 bulan anak pertama)




Tema MERAH!!




Merah menyala U!!!






Tahun 2009




(Hero dah jadi 4!!!!)




Tema PUTIH




Putih sesuci Lebaran....





Tahun 2010



(Hero-hero yang semakin besar dan bijak)



Tema HITAM



Hitam itu bergaya!!






Terbaru Tahun 2011



(Aku dah ada anak dara sorang....hehehe)



Suka...suka...suka...



Alhamdulillah....



Tema HIJAU....



Memori daun pisang....hehehehe










Kami sekeluarga Mintak ampun maaf salah silap dari hujung rambut hingga hujung kaki....



Manusia sentiasa melakukan kesilapan....






Experience about my first baby.....

Salam...


Aku dengar ramai sahabat aku di luar sana mengandung... Happy for U fren....


Teringat pengalaman pragnent anak aku yang pertama. Lepas khawin, dua bulan lepas tu aku disahkan pragnent 6 minggu.... Patutla rasa tak sedap badan je...Rupanya rahim umi ada penghuninya....







Dan lagi posing tu...hhuhuhu





Happy tak terkira rasanya... Aku bakal melahirkan zuriat dari rahim ku sendiri... Alhamdulillah sumenya rezki dari Allah....

Masa pragnent yang pertama ni, Alhamdulillah takda masalah.. Makan selera, tidur nyenyak.. Biasa kalau orang pragnent, badan akan jadi panas. Tapi alhamdulillah aku takda sume tu. Senang rasanya...



Cuma bila test HB(Hemoglobin-kepekatan darah), result tak cantik...huhuhu. Normal 11, tapi aku sllu dpt 9~10. Kena pergi klinik 2 minggu sekali untuk cek. Selalu nurse pesan makan benda2 yang banyak zat besi macam organ dalam, kerang. Dah banyak makan pun masih dapat result yang sama.



Berat badan pulak lebih, jadi kena la minum air gula 2 kali untuk test kencing manis. Ikut kata doktor, kalau ada kencing manis, baby dalam perut besar. Tapi kalau "Mak" dia besar, tak hairan la anak besar..hehehe. Alhamdulillah tak ada kencing manis.



Time ni pragnent 5 bulan. Gambar kat opis lama. Nak gi opis kena naik tangga.. Kata doktor, ibu mengandung kena banyak exercise, InsyaAllah mudah bersalin.



Tapi yang aku perasan sangat perubahan diri aku, aku jadi terlalu sensitif... Cepat sangat terasa. Wal hal bendanya kecik je. Contohnya pagi tu, pergi kerja. Bila sampai opis, aku macam biasa salam suami aku. Ada suatu hari suami aku lupa nak salam. Aku boleh menangis disebabkan hal tu je... Aduhai hati, kenapa sensitif sangat. Biasa la, hormon ibu mengandung kan berubah....hehehe. Tak boleh ikut sangat perasaan ni, takut anak dalam kandungan jadi sensitif. Tapi aku rasa orang mengandung ni comel...kah kah kah.... perasan betul la..... Suami aku pun cakap comel sebab perut bolat....



Ibu-ibu mengandung kat luar sana, amalkan la makan makanan sunnah(kurma,kismis,delima,minyak zaitun). Alhamdulillah aku amalkan, anak aku tak ada kuning dan bijak. Jangan makan makanan ringan. Berkorbanla untuk 9 bulan pragnent demi kebaikan anak yang bakal kita lahir. Sebab makanan ringan boleh memberi kesan yang teruk pada anak kita. Gantikan dengan buah-buahan. Susu soya pun tak boleh kerap diminum, sebab kulit anak akan jadi sensitif.



Bila masuk 8 bulan, kaki tangan muka dah bengkak-bengkak. Selipar pun kena tukar pakai selipar jepun. hahaha macam kaki raksasa je.... Masuk 9 bulan, perut pun semakin besar dan bengkak dengan jayanya, hidung pun naik kembang...kih kih kih.... Perut aku memang besar sangat sampaikan ada yang tanya aku ni pragnent kembar ke.....kelakor la...




Badan pun jadi semakin lemah dan cepat letih. Alhamdulillah sepanjang mengandung ni aku tak demam atau batuk. Bila tak larat ke opis, aku ambik MC untuk rehat di rumah.



Untuk minggu-minggu yang akhir, sume persiapan sudah disediakan. Sume dah letak dalam kereta. Dalam hati berdebar, takut, seronok, haishh sume ada. Aku tak ambik cuti awal, kalau turun tanda nak bersalin baru aku plan nak ambik cuti.



12.2.2009, tarikh aku jangka bersalin. Tapi anak aku tak nak keluar lg...hehehe. Aku gi kerja macam biasa. Yang kelakor nya budak-budak opis ingatkan aku dah bersalin. Ada juga yang takut aku bersalin kat opis...hehehe...

13.2.2009, aku gi kerja lagi macam biasa. Mula-mula ok je. Bila petang dalam pukul 4 lebih aku rasa sakit perut. Rasa macam nak berak je. Aku jumpa kak ida(opismate) ckp kat dia yang aku sakit perut. Dia terkejut dia terus cakap "Ni bukan nak berak tapi nak beranak".... Aku pun turun pergi toilet, sebab aku rasa nak buang air kecik.. Tengok-tengok rupanya sudah ada tanda nak bersalin. Keluar lendir darah...

Aku pun keluar cari suami aku.. Bagitau dia yang dah keluar darah. Kelam kabut suami aku. Hehehe bleh tengok muka suami aku kelam kabut, sbab muka dia selalunya COOL je...ngeh ngeh ngeh....

Suami aku suruh aku duduk dan tunggu dia ambik barang aku kat atas opis sana. Dia tak bagi gerak mana-mana dah... Pastu bila sume dah ok, suami aku wat aku balik umah mak aku... Sampai umah mak, mak pun tanpa buang masa pergi rendamkan "Bunga Siti Fatimah" dalam air nak bagi aku minum. Bunga ni sebenarnya dengan izin Allah ia membantu buka jalan untuk baby keluar. Bunga ni ada jual kat Mekah sahaja.

Aku mintak nak makan nasi mak aku siapkan. Pastu aku mintak pulak nak makan telur rebus 2 biji ngan milo panas, mak aku pun buatkan. Sayang ma... (Mak aku pun nampak begitu resah).

Lepas maghrib, suami dan mak aku anta aku ke hospital. Suami aku dah ada pengalaman 3 anak sebelum ni jadi aku follow je la dia gi mana2... Pergi kat "Risiko rendah" untuk cek jalan.. Doktor cek dah 4cm terbuka. Aku kena tahan wad. Mak aku teman. Mak aku tak putus-putus suruh aku untuk bersabar. Selalu dia pesan amalkan zikir bila nak bersalin. Jangan menjerit macam orang tak da iman... Ma, kakcik ingat pesanan ma.. Suami aku pula setia tunggu aku di luar. Sebab dia tak boleh masuk... Love U Abang Forever...

Dalam pukul 1 lebih pagi aku dah start sakit.. Baru aku tau masa tu bertapa sakitnya seorang ibu nak melahirkan anak... Aku dah tak boleh tido dah masa tu. Sume tak kena... Mari sorang nurse cucuk ubat tahan sakit di pinggang.. Tapi aku rasa macam takda kesan je...hehehe Doktor pakar yang ambik kes aku. Dia panggil aku masuk bilik utk cek jalan. Dah buka 5cm. Dia scan dia cakap baby aku besar. Dia estimate 3.6~3.8kg... Aku dri cek klinik lg doktor ckp baby aku besar. Tu yang aku tak terkejut sangat bab tu.

Pukul 3:30 pagi, aku diarahkan doktor untuk masuk wad bersalin. Sebelum aku masuk wad, aku mintak maaf pada mak dan suami aku. Mana tau umur kita panjang lg ke tak. Sakit semakin kuat. Doktor jangka 1 jam 1cm jalan buka. Dalam wad bersalin tu aku ditemani dengan seorang nurse je untuk pantau jantung anak aku. Pusing kiri tak kena... pusing kanan tak kena... Aku berzikir tak putus-putus... Sesekali aku mengadu kat nurse... Nurse tu pun nasihatkan supaya banyakkan bersabar...

Dalam pukul 6 pagi, doktor datang semula kat aku. Dia cek jalan dah buka 10cm. Kes aku sampai 3 orang doktor datang. Sorang doktor pakar lelaki dan 2 lagi doktor bidan biasa perempuan. Nurse tanya aku nak panggil suami ke? Aku cakap nak.

Dalam jam 6:15pagi, semua doktor dah bersedia. Suami aku pun dipanggil masuk sekali. Doktor sudah mula menyuruh aku meneran keluar baby. Ya Allah, sakitnya nak bersalin ni... Ku kuatkan hati juga berjuang. Suami tak putus-putus tenangkan aku... Aku meneran sekuat hati... tp kepala baby lekat kat rahim, itu yang susah sangat nak keluar. Doktor pun beri semangat kat aku..

Bila teran dah banyak kali, aku rasa letih sangat.... Rasa macam putus asa.. Suamiku terus beri semangat untuk tidak berhenti...

Doktor bagi masa 1 jam sahaja tempoh untuk meneran.. Hampir pukul 7, baby x keluar lagi... Doktor cakap lagi 10 minit kalau baby tak keluar lagi dia akan guna "forcep". Bila dengar doktor cakap macam tu, aku semangat balik.... Semangat untuk selamatkan anak umi ni.... Dengan izin Allah, aku berjaya... Teran sedikit lagi, bahu pun keluar dengan senang je..


14.2.2009, Tepat jam 7:05 pagi, anak umi Muhammad Amar selamat dilahirkan... Alhamdulillah syukur pada Allah atas kurniaan mu ini... Ni la "Big baby" umi.... 4kg.... Semoga Amar jadi anak yang soleh...AMIN...

Dalam pantang, Amar tak banyak masalah... Alhamdulillah ckup senang jaga Amar dalam pantang. Ashik tido je... Hehehehe...jadi umi pun terlebih tido...wakaka...

Nanti sambung cerita untuk pengalaman yang ke2 pula...hehehe

Tuesday, September 6, 2011

How I met my MR.Hubby....

Assalamualaikum...


Selamat pagi sume......


Mmmm.....teringat cinta hatiku....Mr Zamzuri......wink**** :D







Bila teringat My Mr.Hubby ni kan teringat pula kisah kami ni... Unik ada, pelik ada....mmm...tapi tak heranlah sebab ni kan tak mustahil dengan kuasa Ilahi... Dia yang menciptakan kita....


Percaya tak kami ni sebenarnya tak pernah bercinta???


Yelah, macam cerita zaman-zaman dulu pula...hehehehe. Bukan Orang tua yang aturkan tau... Ni pilihan sendiri atas kayakinan dan Qada' & Qadar Allah....


Tapi ramai yang heran dengan kami... mana taknya, aku ni dulu pendiam yang amat, same-same la ngan My Lovely Hubby ni... Sekarang la aku dah jadi agak peramah orangnya...hehehe okla dri dulu kan...



Aku kerja setempat ngan suamiku. Dia QC dan aku pulak Design. Dia berjawatan Manager dan aku pula cuma "draughtwoman" je... Aku segan la..... Bak kata pepatah, "Bagai bumi ngan langit...." Sebagai tanda hormat, aku panggil si dia "Bos".. Tapi bila aku panggil ye...hehehe


Ada la sekali dua aku jumpa dia untuk minta pendapat. Sebab masa tu aku diamanahkan oleh Bos Besar kompeni tu untuk mempogramkan satu mesin kat workshop.... Aku bukan pandai sangat pun tapi alhamdulillah berkat kursus di Tati....


Aku ni jenisnya kalau dah sibuk wat kerja aku dah tak tengok kiri kanan dah.. Boleh dikatakan benda-benda yang berlaku kat opis aku la yang paling lampi dan lambat dapat tahu... yelah, keja aku kena siap on time, nanti bos marah... Tapi aku dapat bos baik...hehehe tapi baik pun keja kena jalan... nnt engineer nak bawak drawing pegi meeting, kalau drawing tak siap kan susah....


Masa aku masuk keja dulu, "si dia" masih beristeri. Masa tu anak dia dah tiga... Maka tak layan sangat lah aku masa tu orang-orang yang dah berkhawin ni. Masa tu bujang kan, jadi perangai pun ikut awek-awek bujang la...


Tanggal 4 Disember 2007, opis kami digemparkan dengan berita kematian isterinya... Aku dan rakan-rakan sangat sedih dan bersimpati dengan nasibnya. Yelah mana tak nya, anak-anaknya masih kecil.. Yang paling sedih bila tengok anak sulongnya, yang masa tu berumur 8 tahun. Dia kanak-kanak istimewa... Berderai air mata bila melihatnya....


Masa pengebumian tu...kebetulan masa tu aku ada bawak payung, tengokkan anak-anaknya aku memayungi mereka bertiga... Mungkin ini satu kebetulan atau ?????... Wallahualam....


Atas budi baik Bos besar kami telah mengsponsor majlis tahlil arwah isterinya selama 3 malam berturut-turut. Aku dengan rakan opis yang lain datang. Tapi yang herannya, aku ni boleh datang 3 malam turut-turut pulak tu. Hairan bin ajaib aku rasa... Pada hal masa arwah ni ada, kalau dia buat jamuan raya di rumahnya aku tak datang pula. Mungkin rasa simpati aku kot.... Kalau hari lahir, arwah isterinya selalu buatkan pulut kuning anta kat opis, tapi aku tak penah jamah... Aku bukan apa, aku segan. Aku kan jarang cakap ngan dia, jadi aku segan la nak makan.


Perasaan cinta masa tu tak pernah wujud dalam diri aku. Aku masa tu sekadar bersimpati... Sebagai rakan satu opis, itu saja.... Tapi ada suatu benda pelik jadi pada aku. Aku minat dengar lagu "Sami Yusof" yang tajuknya Asma Allah". Bila dengar lagu tu, aku terbayang muka dia. Haishh...apa hal pulak aku ni.... Mmmm...wat tak tau je la.. Aku cakap dalam hati aku macam tu.... Mungkin terbawak2 masa aku pergi pengebumian tu... Mana taknya aku tengok dia masa Imam bacakan talkin, dia begitu lemah... Selemah-lemah insan.... Keadaan begitu menyentuh jiwa....


Lepas pada peristiwa sedih tu, aku seperti biasa la macam orang lain datang keja. Pagi datang, petang balik... Begitulah seterusnya.... Sebulan lebih juga pas tu...


Suatu hari tu, seperti biasa aku datang kerja pagi tu... Tiba-tiba aku didatangi seorang sahabat dan dia cakap dia nak berbincang sesuatu... Aku pun terpikir-pikir apa la sahabat yang aku anggap seperti kakak aku sendiri ni nak cakapkan... Bila masuk opis je, aku pegi la tempat dia.


WAAAAA.....Aku sangat terkedu dengan apa yang aku dengar.....


Mula-mula kakak tu tanya, "Awak dah berpunya???" Aku dah rasa lain dah masa tu... Tapi dengan gelak2 aku jawab yang aku belum ada sesapa. Klau ada pun tapi bendanya tak conform...

Aku tanya balik, "Napa kak???" (Muka terpinga-pinga)... Kakak tu pun cakap "Bos Zam minat kat awak. Macam na?? Kak rasa awak ok, keluarga awak pun ok".... Rasa nak pengsan pun ada... Mana taknya, terkejut beruk aku dibuatnya.... Aku pun jawab, "Apa-apa hal sekali pun saya kena tanya ayah dan mak saya. Saya masih di bawah tanggungan diorang".



Balik umah aku pun citer la pasal ni.. Mak abah aku senyum je...

Rupa-rupanya Si dia dah bertanya dan berbincang dengan kakak tu. Diorang ni rupanya dah lama kenal. Sebelum My Mr.Hubby ni khawin dengan arwahnya dulu lagi.

Aku malu sangat masa tu, tp aku kena wat selamba sebab kononya aku tak tau apa-apa.... Yelah aku segan....

Lepas pada tu, aku pun buat-buat selamba.. Buat keja seperti biasa.


Selang beberapa hari pas tu, tiba-tiba aku dapat sms dari nombor tipon yang aku tak kenal. Dalam sms tu dia tulis, "Tak makan ke?...". Aku masa bujang dulu aku kadang-kadang tak pegi makan. Aku pegi surau lepak-lepak sambil tunggu waktu solat. Kadang -kadang bila sarapan pagi berat aku pun tak gi lunch la.

Bila dapat sms tu, aku pun mengomel sendiri. "Siapa pulak anta sms ni". Mmmm...dalam hati teka dia. Aku pun cek list phone number. Kebetulan kakak tu ada kat situ, dia dengar aku mengomel sendiri. Dia bagitau aku yang dia bagi no phone aku kat si dia. Bila cek memang nombor tipon dia. Malunya.....tapi aku jawab la sms tu....hehehe.. Aku anta sms juga tanya "Siapa ni??". Dia jawab "Zamzuri". Gulp.....

Lepas pada tu aku jadi segan bila nak gi mana-mana bila kat opis. Aku jadi tak keruan dibuatnya. Asyik terserempak dengan dia je.. Opis dia kat atas, aku pula kat bawah... Tapi aku tengok kenapa dia asyik ada kat bawah je.... Kadang-kadang bila aku nak masuk opis, dia ada. Kadang dia tolong buka kan pintu untuk aku... Nak gi ambik air kat pantry pun, dia ada juga. Nak gi potostat drawing pun dia ada.... Aku gi kafe nak makan, masuk je kafe dia ada depan... Haishh...segan.....

Suatu petang, aku kena siapkan satu projek. Aku pun tungkus lumus la nak siapkan sebab engineer suruh siapkan untuk anta pada client esoknya. Petang tu juga bos aku suruh submit kepada QC dan Production department untuk dapatkan comment sebelum anta kepada client. Yess!! aku berjaya siapkan. Kalau QC, si dia la kena komen. Aku nampak dia, aku cakap la "Bos, kejap ye, ada drawing ni". Si dia pun senyum je.....

Bila dah siap sume, aku pun bagi dia. Aku balik kat tempat aku. Teruskan keja mana yang tak siap lagi. Tiba-tiba dia datang duduk sebelah aku sambil pegang drawing yang aku bagi dia.

Dengarla dia panggil aku, "Syarifah". Aku toleh kat dia. Pastu dia tanya, "Awak boleh terima saya??"

Terkedu kejap.......

Aku pun tenangkan hati... Aku pun jawab "Kalau Bos yakin dengan saya, InsyaAllah...."

Dia pun senyum meleret.....

Tapi bila aku balik umah, habis menggeletar seluruh badan aku.... Dari luar lagi aku panggil mak aku.... Bila aku bagi tau kenapa, mak aku bantai gelak je....adoyai....

Lepas pada tu, mulalah episod kenal mengenal lebih dekat melalui sms....

Opismate ramai yang tak tahu pasal kami berdua... Yang tau kakak aku dengan kawan rapatnya sahaja...

Ada sekali tu aku gi makan kat kafe opis, lepas ambik nasi nak cari la tempat... Dia panggil suruh duduk depan dia...

Opismate yang ada situ tgk dan senyum kat aku ngan dia... Anak buah dia ada tanya, "Ni ke calonnya bos??... Dia pun jawab, "Saya teman dia makan, sian dia dok sorang-sorang...."

Bila hari cuti, dia datang umah aku. Kenal ngan mak abah aku... Ni lah cara orang yang matang agaknya....

Nak jumpa atau nak cakap, sume kat opis je atau sms.....

Tapi bila dia pergi outstation mana-mana, rasa rindu sesangat.... Terubat hati bila dia sms... Yang paling tak leh lupa dia sms "Rindu senyuman orang dalam opis tu, manis je" ....ouchh, malu I...hehehehe

Tarikh 2.2.2008, ada sahabat aku berkhawin. Dia ajak aku pergi sekali ngan dia. Masa tu la kantoi ngan opismate.... Yelah diaorang tengok aku rapat je jalan ngan anak-anak dia masa tu... Maka terbongkarlah rahsia.....

Tanggal 3.2.2008, keluarganya pun datang merisik...

Sebulan selepas tu, pada tarikh 2.3.2008 aku pun jadi tunangan si dia....



Jarak perkenalan amat singkat. Aku dan dia sepakat memilih tarikh 12.4.2008 sebagai tarikh penyatuan kami sebagai suami isteri. Bermulalah kehidupan aku sebagai isteri dan ibu kepada tiga cahaya mata. Aku bersyukur dapat suami sepertinya kerana Mr Hubby aku ni lembut dan amat penyayang orangnya....


Saat bergelar isteri.... Jodoh yang tidak disangka-sangka... Rupanya orang di depan mata je... Sebenarnya solat Istikharah kami berdua tak penah lupakan. kami berdua buat keputusan pun selepas isthikharah... Apa pun keputusan, biarlah sume meredhai... InsyaAllah.....


Sekarang, lebih menceriakan lagi, aku dianugerahkan sepasang cahaya mata. Namanya Muhammad Amar Bin Zamzuri yang sekarang sudah berusia 2 tahun setengah dan Siti Aisyah Binti Zamzuri yang baru berusia 3 bulan setengah...




Pejam mata pejam mata... Dah 3 tahun usia perkhawinan kami... Semoga perkhawinan ini kekal hingga ke akhir hayat...

Song "Sempurna" by "Gita Gutawa" special for U, My Mr. Hubby.......Zamzuri Bin Awang......



One happy family...........

Monday, September 5, 2011

Serba sedikit tentang diriku...

Assalamualaikum...



(Apa-apa pun kita kena mula dengan salam... Iakan sunnah Rasul kita....)


Nama aku Syarifah Nor Ezdiani, berasal dri Kuantan Pahang dan di besarkan dalam keluarga yang serba sederhana tetapi ibu bapa ku amat tegas dalam soal "Agama"... Aku akui tanpa agama, hidup kita akan terus kacau...





Ni lah permata hatiku yang susah dicari ganti... Terima ksih Ya Allah atas kurniaanmu ini... Aku berharap aku dapat berbakti pada orang tuaku sampai hujung nyawa mereka...


Abah dan Mama, terima kasih atas tunjuk ajarmu... Terima kasih kerana pukul aku masa kecil dahulu... Kerana tunjuk ajar dan pukulan tu lah aku menjadi "seseorang".




Ini lah gambar adik beradik ku... Aku bersyukur dapat abang dan adik aku ni sebab kami adik beradik amat menyayangi antara satu sama lain... Ibarat kata pepatah "cubit peha kiri peha kanan terasa"...



Aku anak ke 3 dri 4 beradik. sorang je perempuan. Nak kata manja rasanya tak pun. Mak aku layan sama je. Tapi seingat aku, mak aku cakap aku paling nakal..hehehe. Ye ke?? Aku tak ingat sangat tapi benda tu la mak aku selalu sebut.... Nakal juga aku rupanya... Bila dah ada anak ni, nakal sikit pun dah kena...hehehe. Bukan apa, mengajar untuk kebaikan dia juga. Sayang seorang ibu tiada batasnya...





Ni lah keluarga aku sekarang. Anugerah Ilahi yang begitu besar nilainya... Bersama suami yang begitu memahami dan anak-anak yang soleh. InsyaAllah...

Aku punyai cita-cita besar dalam hidup aku. Pertama, aku nak jadi "Anak" yang berbakti pada orang tuaku. Kedua, aku nak jadi isteri "Solehah" buat suamiku yang tercinta & yang terakkhir aku nak jadi "Umi" yang baik pada anak2 aku. InsyaAllah....

Semoga Allah makbulkan doaku...amin ya rabbal al amin.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...