Tuesday, September 6, 2011

How I met my MR.Hubby....

Assalamualaikum...


Selamat pagi sume......


Mmmm.....teringat cinta hatiku....Mr Zamzuri......wink**** :D







Bila teringat My Mr.Hubby ni kan teringat pula kisah kami ni... Unik ada, pelik ada....mmm...tapi tak heranlah sebab ni kan tak mustahil dengan kuasa Ilahi... Dia yang menciptakan kita....


Percaya tak kami ni sebenarnya tak pernah bercinta???


Yelah, macam cerita zaman-zaman dulu pula...hehehehe. Bukan Orang tua yang aturkan tau... Ni pilihan sendiri atas kayakinan dan Qada' & Qadar Allah....


Tapi ramai yang heran dengan kami... mana taknya, aku ni dulu pendiam yang amat, same-same la ngan My Lovely Hubby ni... Sekarang la aku dah jadi agak peramah orangnya...hehehe okla dri dulu kan...



Aku kerja setempat ngan suamiku. Dia QC dan aku pulak Design. Dia berjawatan Manager dan aku pula cuma "draughtwoman" je... Aku segan la..... Bak kata pepatah, "Bagai bumi ngan langit...." Sebagai tanda hormat, aku panggil si dia "Bos".. Tapi bila aku panggil ye...hehehe


Ada la sekali dua aku jumpa dia untuk minta pendapat. Sebab masa tu aku diamanahkan oleh Bos Besar kompeni tu untuk mempogramkan satu mesin kat workshop.... Aku bukan pandai sangat pun tapi alhamdulillah berkat kursus di Tati....


Aku ni jenisnya kalau dah sibuk wat kerja aku dah tak tengok kiri kanan dah.. Boleh dikatakan benda-benda yang berlaku kat opis aku la yang paling lampi dan lambat dapat tahu... yelah, keja aku kena siap on time, nanti bos marah... Tapi aku dapat bos baik...hehehe tapi baik pun keja kena jalan... nnt engineer nak bawak drawing pegi meeting, kalau drawing tak siap kan susah....


Masa aku masuk keja dulu, "si dia" masih beristeri. Masa tu anak dia dah tiga... Maka tak layan sangat lah aku masa tu orang-orang yang dah berkhawin ni. Masa tu bujang kan, jadi perangai pun ikut awek-awek bujang la...


Tanggal 4 Disember 2007, opis kami digemparkan dengan berita kematian isterinya... Aku dan rakan-rakan sangat sedih dan bersimpati dengan nasibnya. Yelah mana tak nya, anak-anaknya masih kecil.. Yang paling sedih bila tengok anak sulongnya, yang masa tu berumur 8 tahun. Dia kanak-kanak istimewa... Berderai air mata bila melihatnya....


Masa pengebumian tu...kebetulan masa tu aku ada bawak payung, tengokkan anak-anaknya aku memayungi mereka bertiga... Mungkin ini satu kebetulan atau ?????... Wallahualam....


Atas budi baik Bos besar kami telah mengsponsor majlis tahlil arwah isterinya selama 3 malam berturut-turut. Aku dengan rakan opis yang lain datang. Tapi yang herannya, aku ni boleh datang 3 malam turut-turut pulak tu. Hairan bin ajaib aku rasa... Pada hal masa arwah ni ada, kalau dia buat jamuan raya di rumahnya aku tak datang pula. Mungkin rasa simpati aku kot.... Kalau hari lahir, arwah isterinya selalu buatkan pulut kuning anta kat opis, tapi aku tak penah jamah... Aku bukan apa, aku segan. Aku kan jarang cakap ngan dia, jadi aku segan la nak makan.


Perasaan cinta masa tu tak pernah wujud dalam diri aku. Aku masa tu sekadar bersimpati... Sebagai rakan satu opis, itu saja.... Tapi ada suatu benda pelik jadi pada aku. Aku minat dengar lagu "Sami Yusof" yang tajuknya Asma Allah". Bila dengar lagu tu, aku terbayang muka dia. Haishh...apa hal pulak aku ni.... Mmmm...wat tak tau je la.. Aku cakap dalam hati aku macam tu.... Mungkin terbawak2 masa aku pergi pengebumian tu... Mana taknya aku tengok dia masa Imam bacakan talkin, dia begitu lemah... Selemah-lemah insan.... Keadaan begitu menyentuh jiwa....


Lepas pada peristiwa sedih tu, aku seperti biasa la macam orang lain datang keja. Pagi datang, petang balik... Begitulah seterusnya.... Sebulan lebih juga pas tu...


Suatu hari tu, seperti biasa aku datang kerja pagi tu... Tiba-tiba aku didatangi seorang sahabat dan dia cakap dia nak berbincang sesuatu... Aku pun terpikir-pikir apa la sahabat yang aku anggap seperti kakak aku sendiri ni nak cakapkan... Bila masuk opis je, aku pegi la tempat dia.


WAAAAA.....Aku sangat terkedu dengan apa yang aku dengar.....


Mula-mula kakak tu tanya, "Awak dah berpunya???" Aku dah rasa lain dah masa tu... Tapi dengan gelak2 aku jawab yang aku belum ada sesapa. Klau ada pun tapi bendanya tak conform...

Aku tanya balik, "Napa kak???" (Muka terpinga-pinga)... Kakak tu pun cakap "Bos Zam minat kat awak. Macam na?? Kak rasa awak ok, keluarga awak pun ok".... Rasa nak pengsan pun ada... Mana taknya, terkejut beruk aku dibuatnya.... Aku pun jawab, "Apa-apa hal sekali pun saya kena tanya ayah dan mak saya. Saya masih di bawah tanggungan diorang".



Balik umah aku pun citer la pasal ni.. Mak abah aku senyum je...

Rupa-rupanya Si dia dah bertanya dan berbincang dengan kakak tu. Diorang ni rupanya dah lama kenal. Sebelum My Mr.Hubby ni khawin dengan arwahnya dulu lagi.

Aku malu sangat masa tu, tp aku kena wat selamba sebab kononya aku tak tau apa-apa.... Yelah aku segan....

Lepas pada tu, aku pun buat-buat selamba.. Buat keja seperti biasa.


Selang beberapa hari pas tu, tiba-tiba aku dapat sms dari nombor tipon yang aku tak kenal. Dalam sms tu dia tulis, "Tak makan ke?...". Aku masa bujang dulu aku kadang-kadang tak pegi makan. Aku pegi surau lepak-lepak sambil tunggu waktu solat. Kadang -kadang bila sarapan pagi berat aku pun tak gi lunch la.

Bila dapat sms tu, aku pun mengomel sendiri. "Siapa pulak anta sms ni". Mmmm...dalam hati teka dia. Aku pun cek list phone number. Kebetulan kakak tu ada kat situ, dia dengar aku mengomel sendiri. Dia bagitau aku yang dia bagi no phone aku kat si dia. Bila cek memang nombor tipon dia. Malunya.....tapi aku jawab la sms tu....hehehe.. Aku anta sms juga tanya "Siapa ni??". Dia jawab "Zamzuri". Gulp.....

Lepas pada tu aku jadi segan bila nak gi mana-mana bila kat opis. Aku jadi tak keruan dibuatnya. Asyik terserempak dengan dia je.. Opis dia kat atas, aku pula kat bawah... Tapi aku tengok kenapa dia asyik ada kat bawah je.... Kadang-kadang bila aku nak masuk opis, dia ada. Kadang dia tolong buka kan pintu untuk aku... Nak gi ambik air kat pantry pun, dia ada juga. Nak gi potostat drawing pun dia ada.... Aku gi kafe nak makan, masuk je kafe dia ada depan... Haishh...segan.....

Suatu petang, aku kena siapkan satu projek. Aku pun tungkus lumus la nak siapkan sebab engineer suruh siapkan untuk anta pada client esoknya. Petang tu juga bos aku suruh submit kepada QC dan Production department untuk dapatkan comment sebelum anta kepada client. Yess!! aku berjaya siapkan. Kalau QC, si dia la kena komen. Aku nampak dia, aku cakap la "Bos, kejap ye, ada drawing ni". Si dia pun senyum je.....

Bila dah siap sume, aku pun bagi dia. Aku balik kat tempat aku. Teruskan keja mana yang tak siap lagi. Tiba-tiba dia datang duduk sebelah aku sambil pegang drawing yang aku bagi dia.

Dengarla dia panggil aku, "Syarifah". Aku toleh kat dia. Pastu dia tanya, "Awak boleh terima saya??"

Terkedu kejap.......

Aku pun tenangkan hati... Aku pun jawab "Kalau Bos yakin dengan saya, InsyaAllah...."

Dia pun senyum meleret.....

Tapi bila aku balik umah, habis menggeletar seluruh badan aku.... Dari luar lagi aku panggil mak aku.... Bila aku bagi tau kenapa, mak aku bantai gelak je....adoyai....

Lepas pada tu, mulalah episod kenal mengenal lebih dekat melalui sms....

Opismate ramai yang tak tahu pasal kami berdua... Yang tau kakak aku dengan kawan rapatnya sahaja...

Ada sekali tu aku gi makan kat kafe opis, lepas ambik nasi nak cari la tempat... Dia panggil suruh duduk depan dia...

Opismate yang ada situ tgk dan senyum kat aku ngan dia... Anak buah dia ada tanya, "Ni ke calonnya bos??... Dia pun jawab, "Saya teman dia makan, sian dia dok sorang-sorang...."

Bila hari cuti, dia datang umah aku. Kenal ngan mak abah aku... Ni lah cara orang yang matang agaknya....

Nak jumpa atau nak cakap, sume kat opis je atau sms.....

Tapi bila dia pergi outstation mana-mana, rasa rindu sesangat.... Terubat hati bila dia sms... Yang paling tak leh lupa dia sms "Rindu senyuman orang dalam opis tu, manis je" ....ouchh, malu I...hehehehe

Tarikh 2.2.2008, ada sahabat aku berkhawin. Dia ajak aku pergi sekali ngan dia. Masa tu la kantoi ngan opismate.... Yelah diaorang tengok aku rapat je jalan ngan anak-anak dia masa tu... Maka terbongkarlah rahsia.....

Tanggal 3.2.2008, keluarganya pun datang merisik...

Sebulan selepas tu, pada tarikh 2.3.2008 aku pun jadi tunangan si dia....



Jarak perkenalan amat singkat. Aku dan dia sepakat memilih tarikh 12.4.2008 sebagai tarikh penyatuan kami sebagai suami isteri. Bermulalah kehidupan aku sebagai isteri dan ibu kepada tiga cahaya mata. Aku bersyukur dapat suami sepertinya kerana Mr Hubby aku ni lembut dan amat penyayang orangnya....


Saat bergelar isteri.... Jodoh yang tidak disangka-sangka... Rupanya orang di depan mata je... Sebenarnya solat Istikharah kami berdua tak penah lupakan. kami berdua buat keputusan pun selepas isthikharah... Apa pun keputusan, biarlah sume meredhai... InsyaAllah.....


Sekarang, lebih menceriakan lagi, aku dianugerahkan sepasang cahaya mata. Namanya Muhammad Amar Bin Zamzuri yang sekarang sudah berusia 2 tahun setengah dan Siti Aisyah Binti Zamzuri yang baru berusia 3 bulan setengah...




Pejam mata pejam mata... Dah 3 tahun usia perkhawinan kami... Semoga perkhawinan ini kekal hingga ke akhir hayat...

Song "Sempurna" by "Gita Gutawa" special for U, My Mr. Hubby.......Zamzuri Bin Awang......



One happy family...........

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...