Sunday, September 18, 2011

Bulan 9 bulan paling sibuk....

Assalamualaikum...




Selamat petang sume... hari ni baru dapat buka blog... Nak citer la serba sikit kesibukan di tahap mana...kikikiki




Lepas raya hari tu 30.8.2011, banyak betul pogram.. Mula-mula raya la.. pagi-pagi raya dah dok bertandang kat umah Mak Abah aku... Pastu lepas dah raya sesama keluarga, aku sekeluarga pergi beraya umah kawan-kawan yang tinggal berdekatan.. Peluang untuk anak-anak aku kutip duit raya...kui kui kui.. Boleh la wat saving untuk masa depan anak-anak umi kelak...



Raya ke-2, aku sekeluarga balik kampong(sebut N kena ada ghunnah skit...hehehe gannu kite...). Rumah suami aku kat Kg Atas Tol, Kuala Terengganu... Apalagi anak-anak, jom pergi raya... makan sampai kenyang... masa raya ni lah nak makan, hari biasa malu...kui kui kui... Malu ke budak-budak ni? Cer jawab cer jawab.... dapat duit raya lagi...yee....




Aku sekeluarga beraya 3 hari di Terengganu. Pastu raya ke-5 balik Kelantan. Esoknya adik nikah.. Cepatnya jodoh adik aku. Kalah abang ngan kakak dia. Apapun kakak mu ini doakan moga rumah tangga yg dibina ni kekal hingga akhir hayat.



Ni lah adik aku. Isterinya orang Felda Kemahang, Kelantan.

Lepas majlis adik, terus balik Terengganu. Sebab esoknya Mr. Hubby kena pergi Sarawak. Tapi on the way balik ke Terengganu, jem teruk sangat kat Kelantan. Mak ai... bertolak pukul 3:30 ptg, sampai Terengganu pukul 10 malam... Aduh!!! naik kebas punggung ni duduk dalam kereta. Siap boleh sembang ngan orang sebelah. Sume mengeluh, sebab kalau kat sana jem lagi teruk dari K.L... Pas ni nak balik sana kena tunggu time orang dah mula kerja. Baru la jalan lancar.

Esok pagi-pagi lagi dah balik ke Kuantan. Flight pukul 6 petang. Balik awal tak la terkejar-kejar. Petang tu Cik abang pergi la Airport Kuantan. Alih-alih dapat tahu kapal terbang rosak. Balik la semula ke umah. Esoknya baru pergi Sarawak. Klau tahu, balik lambat sikit kan...hehehehe

Hari Isnin tu aku ambik cuti. Kena jaga anak-anak. Mak ayah aku gi Dating kat Kota Bharu. Abang aku bawak kan. Bestnya...bila la aku pulak...kikikiki


Esoknya kerja la seperti biasa..... sampai hari jumaat.

Hari Jumaat petang, kemas-kemas pulak pergi ke Kuala Lumpur. Sepupu sebelah mak khawin. Musim raya ni ramai yang ambil kesempatan untuk buat kenduri. Lepas majlis terus balik ke Kuantan. Sebab hari ahad, Aiman ada pertandingan Azan antara seluruh PASTI di Pahang. Pertandingan diadakan di Sek. Agama Al-Irsyad.







Aiman dapat nombor 2. Tahniah Umi ucapkan, Semoga Aiman dan anak Umi yang lain jadi anak yang soleh & solehah dunia akhirat...



Esoknya keja... Hari jumaat cuti sempena Hari 1 Malaysia. Petang Khamis tu pulak, kami bertolak balik ke Terengganu semula. Adik ipar bertunang lepas solat Jumaat. Kami sampai ke Terengganu hampir pukul 1 pagi. Sebab bertolak dalam pukul 10 lebih malam tu. Sebab cik abang pergi ke Johor, atas urusan kerja. Lepas dia sampai, baru kami bertolak balik.


Cantik Ziela... Tak lama jadi milik orang nanti... Ish ish ish tengok tu!! anak sapa la nyibuk kat belakang tu...siap posing lagi....

Minggu ni ada jamuan raya sahabat lama masa belajar di Universiti dulu... Jamuan tu kat Shah Alam. Mintak maaf la tak dapat datang kawanku Jiha. Ada rezki kita jumpa. Aku rindu kat kau Jiha, tapi keadaan tak mengizinkan.

Minggu ni aku nak kemas umah. Tu lah aktiviti minggu ni...heheheheeh

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...