Monday, October 31, 2011

Romantik itu Sunnah Rasulullah S.A.W

Sebut saja romantik, anak muda mula tertarik hati. Mungkin yang diketahui romantik sesama ‘couple’…No..No..No..ini romantik sesama pasangan suami isteri.. Apa lagi…Jom ramai-ramai kita pakat kahwin. Isy..Isy..best oo kahwin…kalau tak percaya..cubalah kahwin .

Rasulullah SAW adalah gedung segala sifat-sifat kesempurnaan yang sukar dicari tandingannya. Allah membimbing baginda dengan didikan-Nya yang terbaik. Sehingga Allah berfirman kepada baginda seraya memuji baginda di dalam surah al-Qalam ayat 4 bermaksud : “Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung”.

Sifat-sifat yang sempurna inlah yang membuat jiwa manusia merasa dekat dengan Rasulullah SAW. Membuatkan hati mereka mencintai baginda. Menmpatkan baginda sebagai tumpuan hati. Bahkan berapa ramai yang dahulunya bersikap keras dengan Nabi SAW berubah menjadi lembut dan akhirnya masuk Islam setelah terpanah kemuliaan akhlak dan budinya baginda Nabi SAW.

Kemuliaan ini bukan sekadar lakonan di hadapan manusia. Namun dibuktikan oleh insan pendamping baginda. Meneliti satu persatu perbuatan, pertuturan dan lenggok gayanya. Mereka ialah serikandi rumahtangga baginda Nabi SAW. Sehinggakan kemuliaan akhlak seorang suami bernama Muhammad bin Abdullah tidak dapat digambarkan oleh Aisyah RA, lalu menisbahkan akhlaknya dengan akhlak kitab suci al-Quran.

Walaupun Rasulullah seorang panglima perang, pemimpin tertinggi umat Islam, namun di sisinya terdapat nilai kasih sayang dan jalan kisah yang cukup romantis antara baginda dan isteri-isterinya. Namun berapa banyak sunnah ini dilupakan lalu suami masakini menggambarkan dirinya bagaikan pemegang kuasa keluarga yang perlu sentiasa kelihatan bengis dan penuh egois.

Siapalah kita berbanding Rasulullah SAW yang jauh kedudukannya lebih mulia dari segala manusia. Namun atas tawaduk dan romantisnya baginda membuatkan umat yang membaca kisah cinta baginda bersama isterinya seolah sedang menghayati novel cinta romantik.

Diberitakan bahawa Rasulullah pernah bermandi air cinta bersama isterinya. Dalam Sahih Bukhari diriwayatkan bahawa Aisyah berkata bahawa : “Aku sering mandi bersama Nabi Muhammad dari satu bekas air yang disebut al-faraq.” Perbuatan Nabi mandi bersama Aisyah tanpa sebarang tabir penghalang menunjukkan ianya satu sunnah. Terutamanya setelah melakukan hubungan intim sesama pasangan.

Romantik gaya Rasulullah SAW boleh diteladani. Walaupun hidup suami isteri masa kini sentiasa disibukkan dengan pekerjaan. Kita juga boleh mengambil sunnah-sunnah romantik Rasulullah SAW bermula dari sebelum keluar bekerja.

Sebagai contoh menghantar isteri ketika hendak keluar rumah seperti yang dilakukan oleh Nabi SAW kepada isterinya Shafiyyah binti Huyay sehinggakan Nabi SAW berkata “Jangan terburu-buru hingga aku mengiringimu (menemani sampai ke pintu)”. Hadis Bukhari dan Muslim. Bahkan Nabi SAW turut membantu isterinya menaiki kenderaan. Di dalam Sahih Bukhari dan Muslim menceritakan bahawa “Nabi Muhammad SAW duduk di sisi unta baginda. Kemudian baginda menekukkan lututnya. Lalu isteri baginda Shafiyyah meletakkan kakinya di atas lutut Nabi Muhammad SAW hingga naik atas unta”. Bukankah ini sesuai dipraktikkan dengan membuka pintu kepada isteri seperti zaman memikat isteri dahulu. Ataupun sekali sekala membonceng isteri di belakang seperti dalam riwayat Bukhari yang menyatakan Anas bin Malik menceritakan bahawa ketika pulang dari perang Khaibar salah seorang isteri Rasulullah membonceng di belakangnya.

Apabila waktu cuti hujung minggu atau di malam hari, bawalah isteri bersiar-siar. Ini bukanlah sekadar tips dari seorang pakar motivasi. Namun ianya merupakan suatu sunnah romantis Nabi SAW bersama isterinya. Diberitakan dalam Sahih Bukhari dan Muslim bahawa “Rasulullah apabila datang waktu malam, baginda berjalan bersama Aisyah dan berbincang-bincang dengannya”. Malah apabila baginda ingin keluar baginda akan mengundi siapa yang akan menemaninya untuk keluar bersama. Malah Rasulullah juga membawa Aisyah untuk makan bersama di luar. Sehinggakan suatu ketika Nabi pernah menolak pelawaan jirannya yang berbangsa Parsi untuk makan di rumah mereka sekiranya isterinya Aisyah RA tidak turut diundang bersama. (Hadis riwayat Muslim) Untuk menambahkan romantis terhadap isteri, disarankan suami menyuap sendiri makanan ke mulut isterinya. Sepertimana dalam sahih Bukhari dan Muslim sabda Nabi SAW : “Sesungguhnya apapun yang kamu nafkahkan, maka hal itu adalah sedekah hingga suapan yang kamu suapkan ke mulut isterimu.” Walaupun hadis ini berkisar tentang pemberian nafkah, namun bukankah menjalin ikatan romantik antara suami isteri itu satu tuntutan.

Romantik sesama suami isteri ini semakin malu untuk diamalkan. Mungkin bagi yang sudah lama berkahwin akan bertambah rasa jelik bermadu kasih dengan isterinya. Namun jika diteliti, sebenarnya sikap romantis ini adalah datang dari Nabi SAW. Sayang apabila kita lebih malu mengamalkan sunnah romantis sesudah berkahwin sedangkan kita tanpa segan silu melakukannya sebelum ianya dihalalkan.

Sebenarnya, gambaran seorang suami yang garang dan bengis bukanlah suatu yang datangnya dari agama. Nabi SAW tidak mendidik para isteri untuk takut kepadanya. Namun didikan sebagai pemimpin rumahtangga yang hebat membuatkan rasa takut itu bertukar menjadi lebih menghormati. Nikmat suasana percintaan itu lebih dihargai apabila suami turut meluang masa bergurau senda dan bermesra seakan-akan baru sehari diijabkabulkan.

Belaian terhadap isteri dapat memupuk kasih antara sesama pasangan. Nabi SAW dalam satu riwayat Ahmad berkata bahawa “ Rasulullah tidaklah setiap hari melainkan baginda selalu mengunjungi isteri-isterinya seorang demi seorang. Rasulullah menghampiri dan membelai mereka secara bergantian”. Adakalanya romantisnya Nabi SAW sehinggakan beliau sengaja bermanja dengan menyandarkan kepalanya kepangkuan isterinya sepertimana yang dipertuturkan Aisyah RA dalam Sahih Bukhari bahawa “Nabi SAW membaca al-Quran (mengulang hafalan) dan kepalanya berada di pangkuanku sedangkan aku dalam keadaan haid”. Bahkan amalan ini berlarutan sehingga detik-detik akhir hayat Rasulullah SAW. Aisyah berkata “ Ketika maut menghampiri Rasulullah SAW, kepala baginda berada diatas pahaku.”Ada suatu hari ketika Aisyah sedang asyik menyaksikan kanak-kanak bermain bersama ibu mereka, datang baginda Nabi SAW mengangkat Aisyah. Lalu baginda mendukung Aisyah di belakang beliau. Aisyah menuturkan bahawa : “Baginda mendirikanku di belakang dan pipiku di atas pipi baginda. Ku letakkan bahuku di atas bahu Rasulullah SAW”. (Bukhari dan Muslim). Begitu juga isteri Nabi SAW sentiasa mendapat kucupan mesra daripada Nabi SAW ketika ingin pergi ke masjid.

Rasulullah bukan seorang yang kaku dan keras. Ia juga seorang manusia yang mempunyai emosi tersendiri. Pemergian baginda telah membuatkan kehangatan rasa rindu di kalangan isterinya. Dikala isteri kesunyian, hadirnya mengungkap keriangan. Sewaktu isteri dalam kedukaan, baginda bukanlah sekadar pemerhati. Namun baginda juga sebagai ubat kedukaan dan kesakitan. Diriwayatkan dari Aisyah bahawa : Nabi Muhammad SAW adalah orang yang penyayang lagi lembut. Baginda akan menjadi orang yang sangat lembut dan paling banyak menemani ketika isterinya sakit.” (Bukhari dan Muslim) Hadirnya Nabi SAW mengubat hati para isteri.

Baginda paling banyak bergurau senda bersama isterinya
. Suatu hari datang Saodah (salah seorang isteri Nabi SAW) kerumah Aisyah. Lalu Nabi SAW duduk diantara Aisyah dan Saodah dan meletakkan kaki beliau diatas pangkuan mereka. Ketika Aisyah menjemput Saodah makan, ia menolaknya kerana tidak berselera. Lalu Aisyah berkata : “(Demi Allah), makanlah atau aku akan mengotori wajahmu”. Saodah menolak dengan berkata : Aku tidak akan memakannya”.Lalu Aisyah mengambil makanan dan disapukan ke wajah Saodah. Rasulullah SAW tertawa. Kemudian Rasulullah menyuruh Saodah membalas semula dengan mengotori wajah Aisyah. Setelah Saodah mengotori wajah Aisyah, Rasulullah terus tertawa. (an-Nasai’e, Ibn Abi Dunya) Kisah ini merupakan senda gurau Nabi SAW bersama isteri-isterinya. Pernah juga Rasulullah memujuk Aisyah untuk menghilangkan marahnya dengan sengaja memegang hidung Aisyah seperti dalam riwayat Ibnu Sunni.

Begitu romantisnya rumahtangga Rasulullah SAW. Mungkin inilah rahsia cinta sejati yang kekal ke akhir hayat Nabi SAW. Beramah mesra, bergurau senda, belaian dan sentuhan. Sehinggalah ayat-ayat cinta terukir dari bibir seorang Nabi dengan memanggil panggilan manja terhadap isterinya. Suara indah memanggil “Ya Humaira” kepada Aisyah yang bermaksud “Wahai si putih kemerah-merahan atau Mawar merah”. Membuatkan ikatan itu lebih intim. Adakalanya Nabi SAW memanggil Aisyah dengan singkatan manja “Ya Aisy” yang bermaksud kehidupan ketika mana beliau menyampaikan salam daripada Malaikat Jibril untuk Aisyah RA. Dengan membuang huruf terakhir itu menunjukkan besarnya rasa cinta, kemanjaan dan kesayangan yang ditonjolkan dari Nabi SAW.

Sesungguhnya bersikap romantis sesama isteri itu adalah sunnah Nabi SAW. Kita berharap dengan sunnah ini dapat memupuk ikatan yang lebih erat antara sesama pasangan. Bukanlah sunnah ini suatu yang perlu dimalukan untuk diamalkan. Kepada suami, ayuh mengikut petunjuk Nabi dalam berkasih sayang sesama isteri. Andai isteri berasa pelik dari mana datangnya sikap romantis seorang suami. Adakah suami baru sahaja selesai menamatkan buku novel cinta Romeo dan Juliet. Jawablah dengan manja. Romantis ini bukan dari novel biasa, namun romantis ini datangnya daripada hadis Nabi SAW.



Sumber: http://www.imamudasyraf.com

Aisyah yang suka menjerit...

As salam...

Siti Aisyah ni baru 5 bulan... Suka sangat jerit.... Kalau lapar mesti jerit pastu nangis sedih yang begitu menyayat hati...huhuhu (menyayat hati tu...)





Sebab cakap menyayat hati tu, sebabnya Aisyah akan keluarkan suara serak2 dan mendayu...hehehe... Tapi dalam video ni takda la nangis sedih tu...


Aisyah oh Aisyah....

Sunday, October 30, 2011

Jalan-jalan ke kerteh...

Salam...

Hari ni ada kenduri khawin di kerteh.. Abang Ayu (kawan opis lama)... Selamat Pengantin Baru buat pengantin.. Semoga jodoh berkekalan hingga ke akhir hayat... Bertolak pukul 11:30 pagi tapi sampai ke Kerteh pukul 2 petang.. sebabnya jalan jem di kemaman. (construction jambatan baru)...


Sempat bergambor kenangan dengan Ayu & budak comel & bulat ni...Arif... Tengok muka Aisyah, excited sungguh...

Lepas kenduri, kami sekeluarga pergi jalan-jalan ke Mesra Mall.. Saja je "Window Shopping".. Yang ni kali ke 2 dah pergi ke sini, itu pun sebab balik kenduri...hehehe... Saja nak cuci mata, sambil bawak anak-anak pergi jalan...





Yang kelakor tengok Muhammad Amar ni... Berlari sana sini... Puas abang-abangnya mengejor dia... Suka sangat dia...



Mushi-mushi...Hait!! Jom kita makan Donashi hait!!.... Sedap hait!!!


Kalau gi terengganu, tak sah tak beli satar dan keropok lekor... perggh...sedap!! Tapi lagi sedap kalau dapat satar yang dibuat dari nyiur muda... Sedap hingga menjilat jari...hehehe



Nanti cuti meh kita jalan gi Terengganu...



Na na na Gannu kita!!!

Saturday, October 29, 2011

Hepi Besday "AMIRUL" dan Selamat Pengantin Baru "HUSNA"

Salam...

Hari ni hari spesel... Besday anak aku yang ke 2...AMIRUL... Selamat Hari Lahir Sayang...


Umi dan Abah doakan Amirul jadi anak yang soleh.... Besar dah Amirul, dah 10 tahun... lagi 2 tahun nak UPSR... Sekarang baru aku tahu rasa bedebor seorang ibu bila anak nak periksa... Tak senang duduk woo...hehehe.. Hari ni Amirul suka sangat sebab abah belikan dia basikal.. Bergaya sakan member naik beskal baru.. Nanti umi nak pinjam...hehehe tapi umi ada dah basikal yang tak bergerak...ada hati nak naik beskal Amirul...kih kih kih entah bila la ye???....


Pada hari yang sama hari ni, sepupu suami ku khawin...Nurul Khusna Uma... Kak Nor sekeluarga ucapkan Selamat Pengantin Baru.. Moga berkekalan hingga ke akhir hayat...




Sempat ambik gambo ngan pengantin... untuk kenangan... cantik sangat husna.... Tahniah Buat Pengantin...

Friday, October 28, 2011

Aisyah sudah 5 bulan..

Assalamualaikum...

Pagi tadi aku pergi klinik bersama suami untuk dapatkan suntikan untuk anak dara kecik ni, Aisyah...

Dah 5 bulan Aisyah, sekejap je masa berjalan... Aku sampai klinik kul 8 pagi, tapi dapat giliran pukul 8:50 pagi.. Tak sangka pulak hari ni ramai betul yang datang temujanji. Biasa kalau hari jumaat tak ramai, tapi kali ni ramai...

Bila tiba masa giliran, biasanya sebelum dapat suntikan misi akan timbang berat, ukur lilit kepala dan ukur ketinggian.. Sume ok kecuali berat "mek cah" ni... Adoyai.. berat naik 10 gram je... Risau juga.. Masa 3 bulan, berat 5.9 kg. Masuk 4 bulan turun 10 gram jadinya 5.8 gram. Bila hari ni timbang, 5.9 kg balik... "Mek cah" bila la nak naik ni... Tapi Alhamdulillah sebab Aisyah sihat dan aktif.. Asalkan jangan turun graf berat sudah... lagipun Aisyah budak yang sangat aktif..



Masa dia 3 bulan ari tu dia jadi susut sebab dia tak mahu minum susu botol. Dia nak susu badan je. Sanggup menangis, pastu tidor tanpa minum dan tunggu aku balik keje. Kadang-kadang kene balik waktu lunch atau mak aku guna picagari untuk suap susu.. Adoyai... Memang patut pun susut... Tapi sekarang Alhamdulillah, sebab Aisyah dah faham umi keje... Sekarang minum 3oz pun kadang-kadang tak cukup... Dan biarlah naik banyak sikit berat tu, kecik sangat dah umi tengok Aisyah...

Aisyah ni bila kena cucuk, biasanya dia akan nangis...hehehe kelakor betul, dengan mulut-mulut sekali wat jebik ... Tapi mek cah nangis kejap je.. Lepas pujuk ok lah dia.. Dan kali ni Alhamdulillah sangat sebab Aisyah tak demam kena cucuk... Boleh "hadiah" ye ari ni Aisyah...

Bulan depan umi nak bagi Aisyah "hadiah" lagi... Tunggu...kih kih kih

Tuesday, October 25, 2011

Aisyah dah pandai marah....

Assalamualaikum...

Semalam 25 oktober genap usia Aisyah 5 bulan... Umi tengok Aisyah cepat betul pandai dari usia sebenar... Pada hari semalam jugalah yang aku dapat tahu yang Aisyah dah pandai marah dan nangis bila ambil barang yang dia tengah main...

Jom tengok video ni..




Monday, October 24, 2011

Saya Benci OKU...

Saya benci perangai OKU. OKU ini dipandang rendah masyarakat. OKU buat kerja apa pun tak pernah sungguh-sungguh. Baru buat kerja sikit dah berhenti separuh jalan.

"Tak mampu," kata mereka.

Memanglah tak ada orang yang suka mahu ambil OKU untuk bekerja dengan mereka. Saya juga sarankan pada teman-teman semuanya supaya janganlah diambil OKU bekerja dengan anda. Mereka hanya bakal menyusahkan anda dengan mereka.

Merungut lebat, kerjanya lambat.

Ya, saya tahu OKU ni banyak kekurangan. Tapi kita yang lain ini juga serba kekurangan. Itukan fitrah manusia. Tiada yang sempurna.

Jadi apa jua dalih yang OKU beri, sama sekali tak boleh diterima!

Sudah malas, banyak pula alasannya.
Apa? Kalian kata saya kejam? Kurang sensitif? Kurang ajar? Kurang asam? Tak ada adab?

Sabar, sabar, sabar dulu...

OKU itu hanyalah satu gelaran, tapi gelaran itu bukanlah mutlak pada satu milikan.

OKU yang saya katakan bukanlah mereka yang tak berkaki tak bertangan. Tapi pada mereka yang kerjanya, hidupnya tiada kesungguhan. Mereka ini tidak lain tidak bukan, hanya mahu hidup bersenang-senangan tanpa mahu mengenal erti kepayahan.

Keliru? Masih rasakan saya zalim tak berhati perut?

Tak mengapalah. Kita semua ada pendapat sendiri. Ini pendapat saya. Kata-kata saya sendiri, dan saya bercakap ini melalui pengalaman dan dari apa yang saya perhati. Kalau kalian tak bersetuju, sila sahaja nyatakan. Tapi saya akan terus tetap dengan pendirian...

Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku; dan mudahkanlah bagiku tugasku; dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, dan kurniakanlah aku ilham dari sisi-Mu agar apa yang ku kongsikan di sini terletak dalam redha-Mu; dan peliharalah penulisan ini, serta si penulisnya, juga pembacanya agar kami sentiasa taat pada perintahMu dan tidak gentar dalam menegakkan agama-Mu.

* OKU - Orang Kurang Usaha itu memang hanya menyusahkan!

- Artikel iluvislam.com

Sunday, October 23, 2011

Karipap daging

Assalamualaikum...

Just want to share, resipi ibunda...Karipap daging





Bahan-bahan

Inti:
1 biji Bawang besar (dipotong halus)
2 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
Kentang (dipotong dadu)
1 paket daging kisar (boleh juga guna ayam, tp jadi karipap ayam la...hehehe)
Serbuk kari
Sedikit air
Garam, gula secukup rasa
Bahan yang bertanda (*) ditumbuk bersama hingga lumat.

Untuk kulit karipap:
3 sudu minyak
2 sudu marjerin
600g tepung gandum
Sedikit air

Untuk buat inti:
1. Panaskan minyak, tumis bawang yang ditumbuk tadi. Masukkan daging.
2.Masukkan air, lepas tu masukkan serbuk kari. Biarkan sekejap hingga mendidih.
3. Masukkan kentang dan bawang yang dipotong dadu tadi.
4. Masukkan gula, garam secukup rasa.
5. Biarkan ia mendidih dan tunggu sampai air tadi kering. Gaul inti sekali sekala untuk ratakan rasa dan jangan terlalu kerap untuk elak kentang hancur. Api jangan terlalu kuat.

Untuk kulit:
1. Panaskan minyak dan marjerin bersama. Biarkan sejuk sekejap.
2. Masukkan minyak & marjerin td ke dalam tepung.
3. Ratakan dulu.
4. Masukkan air sikit demi sikit dan gaul hingga menjadi doh.
Bolehlah teruskan proses membuat karipap seterusnya...

Selamat mencuba...

Sepetang bersama keluarga...

Assalamualaikum...


Hari ni hepi sangat coz ma, abah, adik dan isterinya datang makan petang bersama aku sekeluarga... Gamat rumah dengan gelak ketawa... Kalau ada Along Angah lagi bertambah seronok..

Alhamdulillah di atas kurniaan keluarga yang bahagia ni....





Petang tu aku hidangkan karipap inti daging... Aku buat sendiri khas untuk sume... Selera sungguh aku tengok.. .suka suka suka...


Sebelum menjadi mangsa mandian minyak panas....








Selepas dimandikan....Auww!!! I nampak lagi cantik...



Resepi ibunda aku la ni...InsyaAllah aku tak akan lupakan.. Nak resepi?? Boleh aja... Kita cerita di post yg lain....




Babai....

Musim Tengkujuh....

Assalamualaikum....

Sekarang dah sampai masa Musim Tengkujuh...





Keadaan di luar rumah...




Hujan adalah satu rahmat dari Allah... Masa hujan ni lah antara waktu doa paling mustajab...

Doa ketika hujan: اَللَّهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا (Allahumma Shoyyiban Na’fian)



"Ya Allah turunkanlah hujan yang bermanfaat (HR. Bukhari)



Berdoalah ketika hujan krn waktu itu doa mustajab: “Doa-doa yang tidak pernah ditolak ; doa ketika waktu adzan dan doa ketika waktu hujan”. (HR. Hakim/dishahihkan oleh Adz-Dzahabi ).

Jadi jangan kita merungut tentang hujan ni. Kalau kita merungut sama seperti kita memarahi PenciptaNya yakni Allah... Apa yang Allah turunkan, perlu di ambil iktibar dan hikmahnya... Allah Lebih Mengetahui apa yang tersirat dan tersurat...




Selamat beramal...

Wednesday, October 19, 2011

Let’s relax our mind with thinking of Allah & Our Prophet Muhammad S.A.W




Maher Zain- InsyaAllah





Maula Ya Salli Wa Sallim







Asma Allah





Wali Band- Mari Salawat





Yusof Islam- I Look I See

Muhammad Amar....

As Salam...

Saja teringat... Amar dari lahir hingga sekarang....



Newborn: 14 Februari 2009 7:05am HTAA
4 kg



Umur 1 hari

3 hari

5 hari


8 hari


5 bulan




6 bulan



9 bulan





1 tahun


Amar lambat sikit dapat berjalan, umur 1 tahun 1 bulan. Tumbuh gigi pun lambat, umur 9 bulan.


1 tahun 6 bulan
Suka sangat main dalam besen baju...


2 tahun


Suka panjat kerusi sampai sekarang...


2 tahun 2 bulan


Dan suka sangat menyengih...hehehe

Tuesday, October 18, 2011

Setahun sudah...

Salam...

Congratulation to me coz dah setahun aku di Eco Tower...hehehe




Ingat lagi first day kerja, ada audit ASME.. balik pukul 10 malam... Ada kawan opis belanja KFC... Tak pernah balik kerja selewat tu... Pengalaman pertama... Tak kisah la, asalkan dapat kerja...hehehe Alhamdulillah rezki dari Allah....



Semoga aku jadi pekerja yang baik...Amin...

Aku doakan Eco Tower terus SUCCESS....

Monday, October 17, 2011

Pengalaman mengandung & bersalin Siti Aisyah...

Salam...





Ari tu aku ada citer my first experience baby..Muhammad Amar. Sekarang Amar dah besar. Bulan ni genaplah Amar 2 tahun 8 bulan.. Masa Amar 1 tahun 6 bulan, Alhamdulillah rezki aku pragnent buat kali ke 2. Masa ni aku nak sangat baby girl. Yelah kan, sume ahli rumah lelaki. Bila nak ada geng ni?? hehehe....





Pragnent kali ni agak teruk sikit keadaan aku. Ada "morning sickness".... Muntah tiap pagi nak gosok gigi... Dalam hati " Baby girl ke ni??....hehehehe.... Kalau betul Alhamdulillah... Aku tak suka makan asam, tapi tiba-tiba nak makan...haish macam-macam daa.... Yang penting KURMA jangan tinggal. Makanan sunnah Nabi kita Nabi Muhammad S.A.W...



Pergi wat check up kat klinik biasa... Tapi kali ni aku ada "DARAH TINGGI"... Mak aii... Letihnya kena ulang alik ke klinik. Dalam seminggu ada kena datang selang sehari. Sebab misi cakap darah tinggi masa pragnent lebih bahaya. Boleh bawa "MAUT" ibu dan anak... Ajal Maut di tangan Tuhan.. Minta pada tuhan agar aku dan anak selamat... Boleh kena sawan. Dalam bahasa hospital "EKLAMPSIA". Pada ibu-ibu di luar sana jaga kesihatan ye...





Pragnent kali ni terasa beza. Badan kurang bermaya. Masa pragnent Amar dulu, aku lebih cergas. Sama la macam perangai anak-anak juga, suma berbeza-beza. Atas kita yang meng"handle"kannya...



Untuk supplement, aku try ambik "Salindah". Alhamdulillah ok sume. Kesihatan bertambah baik, mengidam pun tak ada. Itu bagusnya ubat ni, kurangkan perasaan nak pelik-pelik masa pragnent.. InsyaAllah...





Masa kandungan masuk 4 bulan, aku kena sakit pinggang.. Sakit sangat, x boleh gerak dan agak terseksa juga. Dugaan masa mengandung ni macam-macam. Tapi kali ni aku tak pernah rasa seperit ni... SubhanaAllah.. Nak tido pun susah.. Mana taknya, pusing kanan sakit, pusing kiri pun sakit. Kalau terlentang lagilah sakit. Aku kena tidor duduk... Mesti terpikir macam na yek tido duduk??? huhuhu.... Suami lah yang banyak tolong. Sampaikan nak makan pun dia ambilkan... Last sekali cari la orang pandai urut. Bila urut, kakak tu cakap baby aku dok kiri. Tak macam baby lain yang biasa dok tengah-tengah. Jadi kakak tu pun betulkan balik baby aku.. Kakak tu cakap, itu la punca aku sakit pinggang bagaio nak rak. Baby dah langgar tulang belakang aku... huhuhu...sakitnya Allah saja yang Tahu... DUGAAN... Hampir sebulan juga aku sakit...



Masuk 6 bulan, aku dah tak sabar nak scan...kih kih kih...Nak tau jantina anak... Kalau perempuan Alhamdulillah, klu lelaki pun Alhamdulillah... Tak kisah, sume anak umi juga, Umi sayang juga.... Tapi dalam hati masih mengharapkan keajaiban, nak perempuan....hehehe




Aku tak sabar sangat nak gi scan 3D. Sebelum tu aku tanya kawan-kawan yang pernah pergi scan 3D. Bila dengar sume citer kawan, lagi rasa EXCITED...kih kih kih. Pada hari tu, suami aku pergi Outstation... Aku tekad nak pergi scan juga hari tu... Aku pun minta izin suami nak pergi...Tak sabar nak tunggu... hehehe jangan marah ye abang.... Dalam pukul 10, aku pergi klinik W.Y.Co kat jalan Alor Akar. Aku pun register, dan tunggu penuh kesabaran. Sampai masa giliran aku, terus masuk bilik doktor. Sukanya nak tengok anak umi...



Bila scan, nampak jantina dia...PEREMPUAN!!! Nak nangis pun ada.... Syukur Alhamdulillah Allah telah mengabulkan doaku..... Umi nak dapat GENG!!!! hehehe.... Doktor cakap datang sebulan lagi, nanti nampak lagi clear....



Masuk 7 bulan, aku ajak suami pergi scan.... Yang kelakornya, baby malu la bila abah dia tengok...kih kih kih.... Masa aku gi sorang ari tu terang-terang baby tunjuk muka, time abah ada baby tutup muka dengan tangan... "I malula dengan abah....hehehe"



Masuk 8 bulan, kena minum air gula lagi...adoyai... Aku kena minum air gula 3 kali... Mak ai...banyaknya..... Mual betul rasa.... Misi cakap sebab aku ada sejarah baby besar, kena tambah sekali lagi minum air gula untuk detect kencing manis... Alhamdulillah tak ada....



24 Mei 2011, tarikh aku jangka bersalin. Disebabkan aku ada darah tinggi, aku kena "induced".. Erti kata lain, beranak cara paksa... Waaa.. aku nak semula jadi... Tapi, demi keselamatan anak Umi, Umi rela sayang... Pada tarikh tu, aku disuruh untuk pergi terus ke Hospital. Aku kena tahan wad... cek jalan dah buka 4cm... Duduk la aku kat wad tingkat 1 untuk menanti apa seterusnya doktor nak buat... Tiap 2 jam aku kena cek tekanan darah, cek jantung anak...



Terima kasih buat suami ku sayang kerana setia menunggu.... Tak lupa pada Mama Abah yang begitu ambik berat dan doa kalian... Air Bunga Siti Fatimah dan Air Zam Zam tak lupa aku bawak bersama...



25 Mei 2011, pukul 7 pagi, aku disuruh masuk ke bilik doktor untuk dimasukkan ubat. Ubat untuk meransang untuk bersalin... Sejam dua lepas tu, aku dah mula rasa sakit sikit-sikit, ada keluar darah... Dan rasa tak selesa sangat....


Tak lama lepas tu, dalam waktu tengah hari, sakit makin kuat... hingga waktu petang... Pukul 5:30 petang, aku diarah masuk bilik bersalin... Baju sepasang dan kain dibawa bersama... Doktor cek jalan baru 5cm... Doktor jangka aku bersalin dalam pukul 9 malam.. Lambat kali ni buka jalan, yelah mungkin tak sampai masa lagi....





Dalam bilik tu, aku kena masuk ubat lagi melalui tangan... Boleh tahan sakit...huhuhu



Allah kan ada bersama kita..... Allah tau setakat mana kemampuan kita.... Harap aku jadi orang yang sabar...





Datang sorang doktor lelaki muda, dia pecahkan air ketuban....



Datang sorang misi pulak, betulkan ubat tadi...Adoii!!! rupanya misi yang mula-mula pasang td tersalah cucuk kat tangan... Bukak balik pastu cucuk balik kat tempat lain..... Ya Allah sakitnya.... Harap pas ni takda orang lain dah dia tersalah cucuk ubat....



Sakit dah mula kuat dan makin kuat... Pukul 6 petang suami ku minta izin misi masuk teman aku... Kali ni memang terasa... Kali ni juga wat pertama kali aku menangis menahan kesakitan... Misi yang ada kat situ dengar dan cakap, "dik, tak baik nangis, sabar ye".. Jagalah kesihatan agar tak kena induced lagi...huhuhuhu. Suami aku selalu ingatkan aku agar istighfar... 1 jam lebih aku melalui keadaan tu... Alhamdulillah, tak putus-putus aku berzikir....





Pukul 7:30 waktu maghrib, suami minta untuk pergi Solat.. Dia sempat pesan supaya tunggu dia...





Lepas dia keluar, aku rasa nak meneran sangat... Ada juga aku meneran 2 kali sebelum misi buat preparation untuk sambut baby... (Jangan buat macam ni ye, bahaya takut baby jatuh, cepat-cepat bgtau doktor atau misi kat situ). Datang sorang misi tanya, "ada rasa nak meneran ke?". Aku jawab "Saya nak meneran sangat dah ni....." Kelam kabut misi and the geng wat preparation...





Pastu bila misi kata dah boleh, apa lagi aku... Cukup 2 kali, tepat jam 7:44 pm, SITI AISYAH pun selamat dilahirkan... tanpa sebarang kesulitan.... Alhamdulillah sume sudah selamat.... Lahirlah anak dara umi ke dunia ni... pada tarikh 25 Mei 2011.. Welcome to new World sayang...







Siti Aisyah Binti Zamzuri
25 Mei 2011 7:44pm Rabu HTAA Kuantan



Tapi sayang, abahnya tak sempat nak sambut... Ingatkan lambat lagi... Yang kelakornya, lepas solat nak masuk balik tengok aku, alih-alih misi tunjuk anak.... Nasib la abang...nak wat guana Siti Aisyah nak keluar masa tu....kih kih kih...



Ni Aisyah sekarang... 4 bulan sudah...

Gitulah cerita pengalaman yang amat berharga ni... Experience no 3?? Kih kih kih.... 4 tahun lagi saya cerita....







Babai....

Monday, October 10, 2011

Ikhlas Dalam Kehidupan

Saidina Ali r.a berkata :"Janganlah kamu risau dengan amalan yang sedikit, tetapi risaulah apakah amalan itu dapat diterima oleh Allah! Hal ini kerana Rasulullah S.A.W pernah bersabda kepada Muaz Bin Jabal :

"Ikhlaskanlah amalanmu dan sudah mencukupi untukmu amalan yang sedikit asalkan dilakukan dengan ikhlas."(Riwayat Dailani)

Allah S.W.T berfirman :

"Ingatlah! (hak yang wajib dipersembahkan) kepada Allah ialah segala ibadat yang ikhlas (bawaan yang suci bersih daripada segala rupa syirik). (Az-Zumar : 3)

Allahuakbar!

Saya cukup takut apabila diperdengarkan atau diperkatakan tentang IKHLAS, di saat itulah saya akan muhasabah kembali apa-apa yang telah saya lakukan.

'Ikhlas ke aku buat tadi?'

Jika tidak, pasti saya akan dapat merasakan hati tidak tenang, lantas perkataan yang sebaiknya pada itu kita lafazkan ialah Astagfirullahal'azhim!

Dan kita perlu sedar, segala apa yang kita lakukan, itu adalah kehendak dari-Nya jua, bukan sebab bagusnya kita! Sebaiknya dialog hati yang sepatutnya terlintas di hati seorang hamba antaranya :

"Ya Allah, aku mampu beribadah dengan kehendak-Mu jua ya Allah, siapalah aku jika tanpa-Mu ya Allah, Dikaulah tempatku bergantung, Dikaulah tempat ku berlindung!"

Keikhlasan yang bersungguh-sungguh, tidak mungkin tercipta melainkan daripada seseorang yang betul-betul mencintai Allah dan tidak ada tempat sedikit pun dalam hatinya untuk mencintai harta keduniaan.

Allahuakbar!

Susahkan? Insya-Allah, sama-samalah kita berusaha mencapai dan tergolong dalam golongan mukhlisin.

Teringat saya, slot rancangan Al-Kuliyyah di TV3, ustaz ada menyatakan bahawa, Imam Ghazali menyatakan, sebelum seseorang itu mencapai tahap ikhlas mereka akan melalui sedikit juga perasaan riak.

Contohnya seseorang yang sebelum ini tidak pernah menunaikan solat berjemaah di masjid, tiba-tiba mahu menunaikan solat di masjid, sedikit sebanyak akan datang juga sifat mahu menunjuk-nunjuk. Tetapi, Insya-Allah lama-lama akan ikhlas jika benar-benar kerana Allah.

Kalau kita dahulu pun, jika solat perlu tunggu mak abah suruh dahulu baru hendak solat.

Solat kerana apa?

Kerana arahan ibu bapa, tetapi Alhamdulillah lama-lama kita mampu untuk mengerjakannya dengan sendiri walaupun tiada ibu bapa di depan mata kita.

Tapi malangnya, ada juga manusia yang tidak mahu melakukan kebajikan hanya dengan alasan:

'Eh, tak naklah derma, takut tak ikhlas.'

Memang terdapat manusia seperti ini. Jangan sampai macam tu pula pemikirannya, yang penting kita usaha ke arah ikhlas, ia memang bukan mudah, tetapi Allah tahu apa yang terbuku di hati hamba-hamba-Nya.

Sedar tidak kita, bahawa jika kita tidak ikhlas, kita telah mensyirikkan Allah.

Nauzubillah!

Mana tidaknya, kita buat sesuatu sebab lain, sebab orang, sebab mahukan habuan dan sebagainya.

Allah! Takutnya.

"Ya Allah, mampukanlah kami dalam melakukan ibadah hanya untuk-Mu, hanya kerana-Mu, bukan sebab makhluk dan ciptaan-Mu ya Allah!"

Allah berfirman:

"Sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal soleh dan janganlah ia mempersekutukan apa-apa pun dalam ibdahnya kepada Tuhannya! (Al-Kahfi : 110)

Kita memberi bukan untuk menerima menabur budi bukan untuk dianggap berjasa tulus, Putih dan murni hati kita memberi adalah kerana-Nya jua.

Tidak mengapa jika tidak dikenang asalkan segalanya memberi satu ketenangan,
Menyebut kebaikan meragut keikhlasan bukan kerana kelebihan kita.

Dalam samar mainan rasa, kekadang datang jua serpihan bangga,
Mengharap adanya balasan mendamba hadirnya kemasyhuran.

Bukan itu yang diburu sejak mula ditagih kasih rasa di depan-Mu,
Apabila terasa segalanya dari-Mu, rebahlah segala daripadaku yang hina.

TUHAN...
Dunia ini tidak panjang,
Tahun terasa detik di putaran usia,
Mengharap yang abadi,
Akan lenyap segala ilusi,
Bantulah aku dalam memahami rahsia itu.

(Di Mana DIA di hatiku, ustaz Pahrol)

Yaakub Maktuf berkata :

"Orang yang ikhlas itu ialah orang yang suka menyimpan (tidak menyiarkan) amal-amal kebaikannya sebagaimana ia suka menyimpan (tidak suka menyiarkan) keburukannya

Diambil dr laman IluvIslam.com.
Sangat menarik entri ni.Moga aku menjadi insan yang ikhlas dalam segala perbuatanku... Amin...

Sunday, October 9, 2011

Hari sukan...

Assalamualaikum...
Semalam hari sukan sekolah anak-anak, Amin & Amirul di Sekolah Kebangsaan Balok Makmur... Mula jam 8 pagi hingga 1 ptg. Suasana meriah sungguh. Bukan budak-budak yang riuh, mak ayah dan guru yg riuh sekali...hahaha. Yelah, mak ayah sokong anak-anak, cikgu pulak dok sokong rumah sukan masing-masing...


Ada 4 rumah sukan, merah,biru, kuning dan hijau. Yang lucunya bila tengok maskot rumah sukan masing-masing. Rumah Biru; burung, rumah hijau; "Shrek"(watak kartun), rumah merah; "Angry Bird"(watak game) dan rumah kuning; Lebah. Comel sangat maskot. Yang paling aku berkenan, "Shrek"... comel comel comel...






Ni group Amin, kelas pendidikan khas. Campur habis warna umah...hehehe. Yang penting hepi...



Dan lagi tu wat "peace" kat abah ye....





Amirul masuk satu game je. Lari 100 meter. Kalah dapat 2 dari belakang...hehehe Takda rezki Amirul kali ni, xpa tahun depan bleh cuba lagi.



Amin masuk 3 game, 2 game yang menang. Menyengih saja cik abang ni....

Game yang Amin main, Lari bawa bola dalam sudu, masuk air dalam botol dan junjung pundi kacang. Gambar ni masa game lari bawa bola dlm sudu.. Cool betul umi tengok Amin main. Hahaha takut bola jatuh ye...






Ni pulak game masuk air dalam botol.... Pandai Amin perah air ye...hehehe.



Kalau "Umi" Amin ada mesti "Dia" seronok kan.... Umi tumpang gembira untuk "Dia".....







Yang ni lucu umi tengok. Selamba ye Amin pegang pundi kacang tu sambil lari...hahaha... Suka-suka je kan...



Sekarang zaman anak-anak pulak yang bersukan. Zaman aku dah habis. Tapi, nanti dah pindah opis baru, bleh naik beskal pusing keliling kilang....hahaha.... Beskal kat umah pun tak berpusing, beskal kat kilang tak tau la bila....wakaka...



Akhir kata.. Majulah sukan untuk dapat badan yang sihat.... Peace No War.....

Wednesday, October 5, 2011

PADAN MUKA.. BELAGOK SANGAT..

Majid, seorang pemuda yang masih bujang, pendiam dan amat pemalu. Pada hari raya yang lalu, Majid telah berkunjung ke rumah rakannya. Dalam perjalanan menuju ke rumah rakannya, Majid telah terpandang seorang gadis yang dikenalinya semenjak sekolah lagi.

Hatinya telah terpikat, dan berhasrat untuk memperisterikannya.
Majid telah menyuarakan hajatnya kepada kedua orang tuanya, dan menunjukkan lokasi rumah gadis tersebut supaya senang kedua ibubapanya hendak pergi meminang nanti. Selepas itu, Majid pun pulang ke bandar dan meninggalkan urusan tersebut kepada orang tuanya.

Selang beberapa hari, kedua orang tua Majid telah mengunjungi rumah gadis tersebut untuk tujuan merisik. Setelah beberapa lama bersembang, bapa gadis tersebut pun bertanya kepada ibu bapa Majid…

Bapa Gadis : Yang sebenornyer, amende ke hajat aokme berdua ni datang ke rumoh kome yak buruk ni?...

Bapa Majid : Ye la.. dari tadi beborok, tak nyer kabor mender hajat yer.. Ha, moknyer.. Ace kabo ke hajat si Majid te…

Emak Majid : Gini la.. yang sebenornyer, anok bujang kome te, dah terbekenan dengan anok dara aokme.. jadinyer kome ni nok la nanyer, dah ander ke orang yang punya? Kala belum ander, kome nok la merisik-risik…

Emak Gadis : Ooo.. kesohnyer, kome ni pun tok kenei lagi dengan anok deme te… Mende kerjanyer?....

Emak Majid : Ntoh.. keh ni tk berapa reti nok nyebut base omputih.. keknye base Melayunyer.. dia kabo keje drebo jer…

Emak Gadis : Oooo.. Drebo jer..(Mencebek selalu).. Gini la.. yak sebenornyer, anok kome te.. sebenornyer, dah ander orang meminang.. (Dah setat buat pedooh…) Budok jantan te keje opisboi kat Pejabat Tanoh te…

Bapa Gadis : Ha’ah.. (Menyokong..) Kome pon mintok maah la yer, mendenyer aokme ni pon tok tau yak anok kome te dah ander yak mintok… Kiranyer takde jodoh la.. Nok goner kan yer….

Bapa Majid : Ye la.. Mengkala dah gitu, kome pon tak buleh la nok buat mende.. Mende anok kome pon tok setarah dengan anok aokme.. Nanti la kome kabo ke anok bujang kome nanti…

Emak Gadis : Ye la.. memang tok setarah lalu... Anok kome kerani pejabat loyar.. anok deme drebo..

Lalu kedua ibu bapa Majid pun memohon untuk berundur. Selesai bersalaman, sedang mereka menuruni tangga, emak gadis tersebut pun bertanya…

Emak Gadis : Drebo mende anok aok te?.. Lori Balok ke Lori Bijih…?

Emak Majid : DREBO KAPEITEREBANG!!! (Sambil masuk ke dalam kereta..)..

by I ♥ PAHANG

Tuesday, October 4, 2011

28 tahun sudah....

Assalamualaikum....

Alhamdulillah, syukur pada Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang yang telah memanjangkan umur ku sehingga ke hari ini... Hari ni genap sudah umur aku 28 tahun...

Mmm...makin meningkat umur aku, amalan bila nak meningkat...hehehe tepuk dada tanya hati....

Tak lupa juga diucap terima kasih kepada yang wish for my besday... Doakan ku bahagia di dunia & akhirat...

Pada suamiku tercinta, thanks for your wish. Orang yang pertama wish...hehehe
Ada lagu special pulak tu.... "saya suka saya suka"







Tak lupa pada ma & abah.... Siap buatkan nasi minyak lagi untuk aku sambut hari lahir.... Terima kasih ma abah.... Kakcik sayang mama abah....

Semoga hari-hari yang datang, ku lalui dengan tenang & ceria bersama keluarga tercinta...

Monday, October 3, 2011

Sangat menarik cerita ini...

Kenapa Umat Islam Sembah Ka'abah?



Satu hari di majlis hi-tea Inter Faith Gather...ing di sebuah restoran mamak……

Missionary : Mengapa orang Islam, dia sembah kotak hitam ?

Pendakwah : Salah tu bro. Umat Islam sembah ALLAH bukan kotak hitam.

Missionary : Bukankah orang Islam sembah menghadap ke Kaabah, satu kotak berwarna hitam ? Apakah ALLAH itu dalam Kaabah ?

Belum sempat pendakwah menjawab. Handphone N95 missionary berbunyi. Missonary menjawab panggilan telefonnya. Pendakwah sabar menanti. Setelah Missionary selesai menjawab panggilan di N95-nya, dia merenung kepada Pendakwah. Pendakwah tersenyum.

Missionary : Mengapa tersenyum ? Bila awak hendak jawab soalan saya ?

Pendakwah : Erm … perlukah saya menjawab soalan awak ?

Missionary : Awak tak ada jawapan?

Pendakwah : Bukan itu maksud saya. Tadi saya cuba gunakan teori yang awak gunakan untuk membuat soalan yang awak ajukan kepada saya. Saya dapati awak kurang siuman.

Missionary : Mengapa awak caka begitu?

Pendakwah : Tadi saya lihat awak bercakap seorang diri, ketawa dan tersenyum seorang diri. Dan awak mencium handphone tu sambil cakap “I love you mom”

Missionary : Saya bukan cakap seorang diri. Saya bercakap dengan emak saya. Dia yang telefon saya tadi.

Pendakwah : Mana ada emak awak. Saya tak nampak pun emak awak.

Missionary : Emak saya di Penang. Dia telefon saya, saya jawab gunakan telefon. Apa masalahnya ? (Nada suara Missionary semakin tinggi dan marah). Takkan itu pun awak tak boleh hendak fikir ?

Pendakwah : Boleh saya tengok handphone awak ?

Missionary menghulurkan N95nya kepada Pendakwah. Pendakwah mengambi N95 tersebut. Pendakwah membelek-belek N95 tersebut. Pendakwah menggooncang-goncang N95 tersebut sambil mengetuk-ngetuk N95 tersebut ke muka meja. Lantas,pendakwah menghempaskan sekuat hati N95 tersebut ke lantai. bersepaiiiiiiiiii …..

Merah padam muka Missionary menahan marah.

Pendakwah merenung muka Missionary sambil tersenyum.

Pendakwah : Mana emak awak ? Saya tengok tak da pun. Saya pecahkan handphone ni pun tak da emak awak dalam handphone.

Missionary : MENGAPA AWAK NI BODOH SANGAT ? Teknologi komunikasi sudah maju. Kita boleh berhubung jarak jauh menggunakan talian telefon dan teknologi wireless. Awak tak guna otakkah?

Pendakwah : Alhamdulillah (sambil tersenyum). Begitu juga halnya dengan ALLAH. Umat Islam menyembah menghadap Kaabah, bukan bermakna umat Islam menyembah Kaabah. Tetapi umat Islam menyembah atas arahan ALLAH. ALLAH mengarahkan umat Islam untuk sembahyang, kena menghadap Kaabah. Ini juga bukan bermakna ALLAH itu ada dalam Kaabah.

Begitu juga dengan awak dan telefon. Emak awak menelefon awak menggunakan handphone Nokia N95, ini bukan bermakna emak awak ada dalam N95 tu. Tetapi Syarikat telekomunikasi menetapkan peraturan, kalau hendak cakap dengan emak melalui telefon kena dail nombor awak, barulah talian akan bersambung antara awak dan emak awak, dan awak boleh berbual melalui N95 walaupun emak awak tiada dalam handphone tu.

Kemudian Pendakwah bangkit dari kerusinya, mengeluarkan wallet, dan menghulurkan RM 1500 kepada Missionary. Nah ini duit untuk awak beli N95 yang baru. Pendakwah terus meninggalkan Missionary yang masih kelihatan confuse. Mungkin dia bingung. Bingung kerana Islam mempunyai jawapan kepada segala persoalan berbanding agamanya.

By: Shuhairazi Janudin

Diambil dari facebook

"Nasib baik"

Salam...

Pagi tadi aku dengar radio... DJ radio tersebut lebat membincangkan topik yang mereka adakan untuk membolehkan para pendengar setia radio menelefon untuk bercerita... Tapi dalam mereka berceloteh, aku "tersedar" dengan perkataan "NASIB BAIK" atau pun dalam kata lain "MUJUR"....

Cuba tengok ayat ni "Nasib baik aku tak bawak kereta tadi, kalau tak mesti aku yang mati dalam kemalangan tu".

Cuba kita renungkan ayat di atas. Pernah tak kita tanya pada diri kita, siapa sebenar yang menggerakkan hati kita untuk tidak membawa kereta?? Siapa yang tentukan ajal maut seseorang??? Pernah tak fikir sume ni.....

Tapi kalau dah ajal kita, waktu kita tidur pun kita boleh mati. Tak perlu nak terbabit dalam kemalangan tadi.

Bagi aku tak ada istilah "Nasib baik" dalam kehidupan kita sebagai hamba Allah...
Sume itu adalah takdir Allah. Sebab itulah kita perlu beriman kepada Qada & Qadar Allah. Apapun kita, Allah yang menentukan. Kan bagus kalau kita ucapkan "Alhamdulillah, syukur pada Allah kerana memanjangkan umur aku dan tidak terbabit dalam kemalangan tadi".

Sekelumit mana pun terjadi pada kita, ia akan mendekatkan diri kita pada Allah.. Kerana Dia yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya.

Buat peringatan untuk diriku dan sahabat, tiada istilah "nasib baik" lagi dalam diri kita. Renung-renungkan...

Saturday, October 1, 2011

Tetamu Allah...

Assalamualaikum...

Sekarang ni dah masuk musim haji.... Tetamu-tetamu Allah yang bertuah terpilih sudah mulakan perjalanan mereka...

Mmmm...Bila agaknya turn aku yek??? Aku tak sabar rasa nak jadi tetamu Allah walaupun bila dikenang diri ini terlalu banyak dosa, tapi aku tetap punyai perasaan berkobar-kobar untuk menjadi salah seorang tetamu Allah....

Aku mohon pada Allah agar aku dan Suami tercinta dipanjangkan umur dan dimurahkan rezki kami untuk menjadi tetamu Allah suatu hari kelak....

Aku tahu aku banyak dosa dengan Allah... Bila dikenang...... mmmm.....jatuh air mata ni.... Tapi dalam hati kecil aku, aku masih harap aku dapat jadi tetamu Allah di usia muda ni....Amin....Itulah impian aku....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...