Monday, November 21, 2011

Yaumul Ihtifal Part 2

Assalamualaikum...

Hari Khamis (17.11.2011), aku dijemput ustazah untuk datang tengok anak-anakku dapat anugerah di majlis "Yaumul Ihtifal" pula di Sekolah Agama Rendah Kafa Al-Makmur. Alhamdulillah atas percapaian anak-anakku.. Semoga apa yang diorang pelajari dipraktikkan sehingga akhir hayat...

Majlis mula 2:30 petang.. Mulakan majlis dengan bacaan Al-Quran..


Sejuk perut ibu mengandung bila tengok anak-anak dapat membaca Al-Quran dengan baik..


Majlis ni memang terbaik bagi diri aku sebab ia akan menaikkan semangat anak-anak kita untuk jadi lebih baik dalam pelajaran.. Hasil usaha mereka dihargai..






Alhamdulillah, Amirul dapat no 3 dalam kelas dengan percapaian 6A 3B. Dengan 2 subjek tertinggi..

Amin pula tertinggi dalam amali solat..Alhamdulillah...syukur dengan percapaian mu..

Biasalah kalau akhir-akhir tahun ni, majlis-majlis macam ni lah... Suka aku menengoknya.. Tumpang gembira atas percapaian anak-anak...

Esok paginya, ada pula majlis anugerah di sekolah anak-anak.. Alhamdulillah, Amin dapat no 1 lagi... dan percapaian tertinggi dalam 3 subjek..

Alhamdulillah syukur pada Allah atas rezki ini...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...