Monday, January 28, 2013

Syukur

Assalamualaikum....

Syukur terhadap Ilahi dengan limpah kurniaan yang tak terhingga... Lama sudah tak menjengah ke blog aku ni.. Terasa hari ni nak kembali menulis.

Pertama sekali ucapan syukur Alhamdulillah kerana Allah masih memberi aku umur yang panjang untuk terus hidup dan kudrat untuk membesarkan dan mencurahkan kasih sayang terhadap anak-anak serta menyayangi  dan mencintai suami.

Tahun baru banyak perkara baru yang akan aku tempuh.. Semakin besar anak terasa semakin mencabar untuk membesarkan mereka semua. Masing-masing ada kerenahnya.

Amin sudah masuk ke sekolah menengah dan begitu juga Amirul yang akan menduduki UPSR tahun ni dan bakal juga menjadi remaja. Cabaran aku untuk mendekati anak remaja aku, In syaa Allah akan aku cuba sebaik mungkin. Mengikut apa yang diajar oleh Kekasih kita iaitu Baginda Rasulullah s.a.w.


Aku harap diri aku sabar dalam mendidik anak-anak. Yang cuma aku harapkan mereka semua berjaya di duni dan akhirat nanti. Umi tak harapkan wang ringgit kalian, tapi umi cuma hendak kebahagiaan anak-anak di sisi Tuhan kelak. Biar kita miskin wang ringgit tapi kita jangan miskin budi pekerti dan juga Iman.. Dan aku sangat bersyukur kepada Allah kerana suami aku yang banyak beri dorongan. Sedih, duka aku semua dikongsi bersama..Alhamdulillah...

Umi sayang anak-anak umi semua.

1 comment:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...