Monday, January 9, 2012

Ini semua UJIAN....

 As salam...

Aku redha atas UJIAN yang menimpa aku & suami... Aku rasa ujian kali ni memang agak berat, tapi InsyaAllah aku akan lalui dengan sabar & tabah...

Setiap ujian ada hikmahnya... Di kala ujian melanda aku rasa diri aku semakin hampir dengan Allah... Allah sentiasa memberi yang terbaik buat diriku... Sesekali ku di uji... Bersabarlah wahai hati, jangan di ikutkan nafsu amarahmu...(Pesan buat diriku...)

Di kala kita di uji, Allah ingin melihat sekuat mana hati hambanya... Dengan ujian ini, aku harap iman aku makin menebal & sentiasa mengingati Allah....


Dalam sedih, ku juga amat berterima kasih sangat pada Allah atas kurniaan Mu yang aku sedari... Iaitu suami yang amat ku kasihi adalah seorang yang penyabar... Moga Allah panjangkan jodoh kita hingga ke akhir hayat...

Tak lupa pada anak-anak umi yang baik hati....


Petik dari satu artikel, serba sedikit menguatkan hatiku...

Bukankah,Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.



Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.


"Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu."
 
Semoga Allah melindungi keluarga kita... Amin Ya Rabbana Al-Amin.....

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...